Khamis, Jun 02, 2016

Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh menegaskan, parti Islam itu merupakan satu-satu parti yang masih bertahan dan tidak berpecah berbanding parti seusia dengannya dan parti-parti pembangkang lain.

Beliau berkata, walaupun ada pemimpinnya sebelum ini keluar meninggalkan Pas, namun ia tidak menjejaskan parti, sambil menyifatkan mereka ini sebagai pendatang asing yang datang ke Malaysia untuk sementara waktu.
"Kita perlu sedar bahawa Pas menjadi parti paling tonggak dalam negara ini. Pas tidak berpecah. Umno berpecah, PKR berpecah, DAP berpecah, MCA berpecah, satu-satunya parti yang tidak berpecah hari ini ialah Pas.
"Rakan kita yang keluar itu, bagaikan pendatang asing, datang bekerja di negara ini, ditangkap oleh imigresen, kemudian balik ke negara dia, itu saja.
"Mereka ini tidak berwala' dengan Pas, mereka ini hanya sekadar duduk dalam Pas," katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan Muktamar Tahunan Dewan Ulamak Pas ke-55 di Sweet Beach Resort, di sini, hari ini.
Mengulas isu lain, beliau juga berharap muktamar sayap Pas itu kali ini membawa makna besar dengan memikul amanah lebih besar untuk menyebarkan kebangkitan Islam ke seluruh negara.
"Ia bukan sahaja untuk masyarakat Islam, bahkan tugas dan tanggungjawab kita menyampaikan risalah Islam ini kepada masyarakat bukan Islam dan masyarakat Islam yang tidak memahami perjuangan Islam.
"Apa yang berlaku ini menjadi hikmah besar kepada perjuangan Islam dalam negara ini untuk kita mencapai kemenangan dalam pemerintahan negara yang menyebabkan kita boleh melaksanakan syariat ALLAH," katanya lagi.
Dari satu sudut, kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS yang mendakwa parti itu tidak berpecah tak ubah seperti 'Orang Berjalan Menongkat Langit' yang tak sedar dia dah jatuh ke dalam lubang!!!
Categories: ,

6 ulasan:

  1. Pejuangankan islam apekebendenyee.

    BalasPadam
  2. Pas ni , ikan diumpan pancing ,tunggu disiang buat lauk. Orang sarawak tak layan pas ni, hee heh he kiki ki ki kahhhh kahhh kahhhhhhhh

    BalasPadam
  3. TAK GHOYAT GITU NOK GHOYAT GUANO LAGI.SELAGI BULEH KONAR KENA KONAR WALAUPUN MASOK GAUNG.

    BalasPadam
  4. Mengaku tak pecah kononnya. Pas juga pecah. Sekarang ni pun masih ada penyangak 'Harum Manis' yang masih belum keluar.

    BalasPadam
  5. Ramai betul politikus dah meroyan la ni.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping