Rabu, Jun 08, 2016

Masuk kali ini, dah beberapa kali pemimpin dikalangan PKR bertindak mengkhianati PAS secara terang - terangan melalui dakwaan serta tuduhan liar yang ditujukan kepada mereka.

Setelah cadangan dia agar calon PAS dipilih dengan cara parti itu bersama-sama Pakatan Harapan melawan UMNO ditolak, kini bekas Menteri Besar Selangor menghasut pengundi jangan mengundi PAS. 

Dalam satu kenyataannya, Muhammad yang kini sudah menyertai PKR berkata, dia turut memberi sokongan sepenuhnya kepada PAN di dalam PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar. 
"Pada mulanya saya berharap Pas akan berada bersama-sama Pakatan Harapan. Pas bertanding melawan BN,"katanya dalam kenyataan itu. 
Beliau yakin sekiranya Pas, Amanah, PKR dan DAP bersatu sudah pasti mereka akan bentuk kerajaan baru dalam PRU14 dan boleh mengambil alih Putrajaya. Namun dalam keadaan sekarang, Pas seolah-olah sudah berada bersama BN. 
"BN di satu pihak. Mungkin Pas bersama-sama di situ dan Pakatan Harapan (PH) di satu pihak yang lain. Sama ada kita pilih kerajaan BN atau kita pilih kerajaan PH. Ini adalah realiti politik negara kita pada ketika ini," katanya. 
Katanya, siapa yang diharap boleh memimpin negara ini dengan lebih baik hendaklah dipilih dalam Pilihan Raya Umum ke-14. Dia juga turut kesal kenapa Pas tidak bersama-sama dengan Pakatan melawan BN. 
"Mengapa ini tidak menjadi keutamaan mereka? Kerajaan BN jelas banyak kelemahan hari ini. Terlalu banyak. Kalau begitu mengapa Pas tiba-tiba tukar pendirian? Oleh itu dalam keadaan begini pengundi-pengundi hendaklah keluar beramai-ramai menyokong Amanah," kata beliau dalam kenyataan itu.
Bagi beliau, dalam keadaan sekarang, Amanah bersama-sama Pakatan Harapan hendaklah diberi peluang untuk menjadi pilihan rakyat Malaysia kerana Pas seolah-olah sudah berada bersama BN. 

Apa yang jelas, tuduhan dan dakwaan yang dibuat oleh Si Mat Taib tu hanya berdasarkan kepada 'andaian' dia semata - mata. Bukannya dia ada bukti pun nak menyokong dakwaan tersebut. Dalam erti kata lain, Si Mat Taib tu setakat buat Fitnah je terhadap PAS!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping