Heh! Ada betulnya juga kenyataan yang dibuat oleh Si Nik Abduh ni. Kalau dilihat dari satu sudut, memang nampak sangat pemimpin parti KUALI Si Mat Sabu tu tak ubah macam orang Gila Talak.
Jika tidak, kenapa pulak orang macam Mat Sabu, Khalid Samad, Salahudin Ayob dan seangkatan dengan mereka hari - hari dok menjadikan bekas parti mereka itu sebagai 'Punching Bag'?
Takkan diorang yang dok serang PAS tu hari - hari hanya sekadar buat kerana suka - suka je. Tidakkah itu membuktikan yang diorang masih lagi ada dendam yang mendalam terhadap PAS.
Nak pulak bagi mereka yang meroyan bila membuat dakwaan memburukkan PAS dan UMNO dengan tuduhan kononnya kedua - dua parti itu mahu mewujudkan kerjasama Politik.
"Jika ada yang berkata Pas sedang bercinta dengan Umno, itulah si tua gila talak yang asyik cemburukan bini lama yang semakin dipandang-pandang anak muda."
Demikian kenyataan yang dibuat oleh Nik Abduh yang merujuk kepada tindakan dikalangan pemimpin parrti KUALI Si Mat Sabu tu yang saban hari menyerang PAS dengan dakwaan sedemikian.
Malah menurut kata Ketua Dewan Pemuda PAS itu lagi, matlamat dan hala tuju perjuangan PAS adalah meyakinkan rakyat dengan solusi dan penyelesaian paling berkesan untuk Negara.
“Saya jawab, teramat murahlah perjuangan Pas jika sekadar berjuang untuk mengalahkan Amanah. Yang pasti, dengan Amanah masuk bertanding, ia membuka laluan lebih mudah buat Umno mengalahkan Pas dalam PRK ini.
“Amanah adalah kemuncup yang wujudnya adalah buat menghalang orang-orang yang lemah dalam perjuangan daripada terus mara ke hadapan. Adapun sebuah parti yang gagah bertakhta di hati rakyat seperti Pas, berbicara panjang hal kemuncup adalah seperti kerugian kehilangan masa bersama al-Quran kerana asyik menghadap Euro 2016. Tengok-tengok jugak, al-Quran harus ditadaruskan dan ditadabburkan,” katanya lagi.
Dalam erti kata lainnya, Si Nik Abduh ni memberikan gambaran yang cukup jelas mengenai mentaliti tahap Budak Sekolah Tadika yang dimiliki oleh pemimpin dari parti KUALI Si Mat Sabu tu. Diorang ni memang jenis pemimpin yang 'Cakap Tak Serupa Bikin'!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.