Seorang lelaki tampil menempelak penganjuran ceramah Parti Amanah Negara (PAN) yang diadakan di sini yang disifatkan mengganggu dan tidak menghormati umat Islam yang sedang melakukan ibadah solat terawikh semalam.
Lelaki yang dipercayai penduduk Kuala Kangsar itu mengamuk di pentas ceramah tersebut mendesak supaya pihak penganjur menghentikan ceramah mereka serta merta dan memberi amaran supaya tidak diadakan selagi solat terawikh tidak selesai ditunaikan.
"Nak ceramah agak-agak la..! Ceramah... terawikh.. hormat Islam! Terawikh tak habis lagi.. bodoh ke?!
"Selagi tak habis terawikh, jangan mula! Hormat Islam.. semua tengah sembahyang..," tengking lelaki itu, marah dengan sikap parti PAN yang mula ceramah ketika penduduk tempatan belum selesai menunaikan solat terawikh.
Lelaki itu menegaskan bahawa kemarahannya bukanlah disebabkan politik, namun kerana kehormatan agama Islam dan ibadah umat Islam yang seolah tidak dipeduli PAN yang sibuk berpolitik.
Katanya, PAS dan Barisan Nasional hanya memulakan kempen ceramah mereka selepas umat Islam selesai menunaikan solat terawikh, namun berbeza dengan PAN yang berceramah ketika ibadah tersebut belum selesai.
"PAS ke, BN ke, semua ceramah (lepas) habis terawikh. Ini PAN.. tolong hormat... ini bukan kira parti, tapi ini kira agama. Lepas terawikh, (PAN) nak melalak ke nak memekak ke itu terpulang," katanya meluahkan rasa marah terhadap sikap PAS tersebut.
Turut diherdik pemuda itu ialah beberapa hadirin beragama Islam dipercayai penyokong PAN dan PKR yang turut berada di lokasi ceramah berkenaan yang dipercayai berlangsung di Taman Sri Emas.
Ya Allah..kau laknatilah PAN ini..bulan Ramadhan kita berlumba2 nak sembahyang terawih..mereka asyik mengeji dan memaki hamun serta menyebarkan fitnah..mari kita semua org Kuale..KUBURKAN PAN..pari kuali mat BU..t. kuburkan juga DAPig tu.
BalasPadamMentor ang mat BU..t