Isnin, Jun 13, 2016

Arakian bertebaran la pengamal media sosial di alam media siber malam semalam mempersoalkan mengenai pendedahan yang dibuat oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia sebelum ini.

Maka bermula la pertempuran hangat dikalangan penyokong masing - masing membahaskan soal pertemuan yang telah disebutkan oleh Mantan Perdana Menteri itu semalam.

Malangnya, rata - rata perbahasan berakhir dengan maki hamun dan melabelkan Hadi Awang sebagai 'Pemakan Dedak'. Heran juga. Macam mana perbahasan itu boleh berakhir sedemikian?

Tambah menghairankan kita ialah, kenapa nak dikecohkan sangat bila Mantan Perdana Menteri itu bertemu dengan Hadi Awang? Adakah ia dianggap satu pendedahan yang cukup besar?

Bagi sesetengah pendapat, pendedahan itu takde la besar mana pun. Cuma ianya menjadi satu cerita yang sensasi kerana didedahkan oleh seorang yang pernah ada kedudukan. Itu je sebabnya.

Kalau dibaca dari reaksi yang diberikan oleh Hadi Awang mengenai perkara tersebut, dia sendiri pun tak anggap pendedahan tu satu cerita yang besar sehingga boleh mengugat dirinya.

Sebaliknya, jawapan yang diberikan oleh Hadi Awang ni nampak bersahaja. Tapi mampu untuk membuatkan mereka yang Pro Deklarasi tu meroyan macam orang hilang akal.

Kata Hadi Awang, dia memang ada berjumpa dengan Tun Mahathir dan membincangkan agenda nak menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri. Tinggal lagi, cadangan Tun itu ditolak.
“PAS tidak menentang individu…tidak menentang orang tapi menentang pendekatan menggunakan konsep dan dasar. Sekiranya (kalau) orang diubah tetapi dasar dan pendekatannya sama, tiada perubahan juga,” katanya kepada pemberita ketika melakukan sesi ‘walkabout’ di sekitar bazar Ramadan pekan Sekinchan, di sini hari ini.
Dalam perkembangan lain, Mantan Perdana Menteri yang turun padang berkempen untuk calon Pakatan Haprak tu sebelum ini turut ditemani rapat oleh pimpinan tertinggi DAPigs dan PAN.

Namun pemimpin dikalangan puak PKR tu tidak pulak kelihatan. Mungkin diorang dah mula 'Insaf' sejak tersebarnya surat amaran panjang lebar yang dikeluarkan oleh Si Ketua Penipu tu gamaknya. Kalau ada yang ikut jugak, mau 'Murka' Si Ketua Penipu tu dalam penjara!!!
Categories:

1 ulasan:

  1. pan dan dap semakin meroyan sbb calon mereka tak dpt sambutan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping