Ahad, Jun 05, 2016

Kalau menengokkan gambar dan artikel yang disiarkan dibawah, nampak gayanya memang sah tiga orang ADUN yang mewakili PAS dalam Rejim Pakatan Selangor tu akan dilucutkan dari jawatan Exco.

Jika sebelum ini, Menteri Besar Selangor mengeluarkan 'Kata Dua' berbaur ugutan kepada PAS untuk memecat ADUN PAS dalam barisan kepimpinan Rejim Pakatan Haprak tu di Selangor.

Kata dua yang berbaur ugutan itu dibuat ekoran tindakan PAS yang enggan menurut kehendak dan kemahuan Si Menteri Besar Selangor agar tidak meletakkan calon dalam PRK Sungai Besar.

Laporan media hari ini menampilkan kelibat Si Menteri Besar Selangor tu turut serta dengan kem parti KUALI pimpinan Si Mat Sabu sebagai tanda sokongan kepada gabungan Pakatan.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali hari ini dilihat hadir ke pusat penamaan calon di Sungai Besar bagi memberi sokongan kepada calon sekutu mereka Parti Amanah Negara (AMANAH).

Azmin tiba kira-kira jam 9 pagi dan kelihatan beramah mesra, termasuk berpelukan dengan Presiden parti KUALI Mat Sabu. Azmin sebelum ini tidak hadir ketika pengumuman calon parti itu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Wan Azizah sebelum ini berkata, Azmin dinasihatkan agar tidak menghadiri majlis pengumuman calon Pakatan Harapan di Sungai Besar.

Katanya, larangan itu dibuat supaya Azmin 'menjaga' Rejim Pakatan Selangor dan hubungan kerjasama diantara PKR dengan PAS yang masih mempunyai wakil sebagai Exco Negeri.

Ahli Parlimen Ampang merangkap Ketua Wanita PKR Pusat, Zuraida Mak Lampir sebelum ini memberi alasan berkata, Azmin sedang berada di London atas urusan keluarga yang perlu diselesaikan.

Dengan kehadiran Azmin disini, ia menunjukkan bahawa Azmin sudah tunjuk besar kepala dengan mengingkari arahan Presiden PKR dan secara terbuka menunjukkan sokongannya kepada PAN.

Dengan kehadiran Si Menteri Besar Selangor itu di pusat penamaan calon hari ini, PAS harus lah bersiap sedia untuk meninggalkan PKR yang terbukti lebih memihak kepada Pakatan Harapan.

Secara tidak lansung, tindakan yang ditonjolkan itu boleh dianggap sebagai satu Pengkhianatan yang nyata kepada PAS yang sebelum ini mati - matian telah menyokong dia menjadi Menteri Besar Selangor!!!
Categories: , ,

4 ulasan:

  1. Salam Mintak maaf kepada tuan punya blog nak tumpang letak iklan Homestay Untuk Pilihan Raya Kuala Kangsar JIka ada sesiapa masih mencari homestay untuk 5/6/2016 -18/6/2016 http://homestaykualakangsarku.blogspot.my/2016/06/anda-masih-mencari-homestay-di-kangsar.html Terima Kasih

    BalasPadam
  2. dap di blkng pan...pkr pun kena ikut juga.

    BalasPadam
  3. Seperti yg berlaku kt Pulau Pinang lah...Ahli Majlis dari PAS semua dipecat...Kasihan dasar yg tidak meningkatkan kedudukan Islam dan Melayu

    BalasPadam
  4. Pas berjuangan bukan kerana jawtan,kalau dapat hanya kebetulan kerana bagi Pas yang ramai jahil dengan politik Islam yang dibawa pas;jawatan hanya amanah Allah untuk tegakkan Islam dibumi Malaysia ini seperti Allahyarham Nik Aziz yang berjuang melalui saluran Politik Islam pas yang berdasarkan wahyu Allah dapat menghapuskan arak dan judi di Kelantan ketika menjadi MB Kelantan.Islam itu memerintah bukan diperintah.Kalaulah DAP dan sewaktu dengannya memenangi PRU14 nanti adakah arak dan judi akan dihapuskan disetiap negeri.Pas hanya mempunyai kuasa yang terhad kerana ramai jahil dengan politik Islam.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping