Rabu, Julai 13, 2016

Heh! Memang Tipikal sungguh sifat puak Pembangkang di Malaysia ni. Belum apa - apa lagi diorang dah mula berbalah sesama sendiri. Belum dapat kuasa lagi, diorang dah mula beramuk.

Kalau sebelum ni, Pakatan diantara DAPigs, PKR dan PAS berkecamuk sehingga menyebabkan gabungan itu terkubur selepas Pilihan Raya Umum yang lalu kerana berbeza ideologi.

Kemudian, dalam Pakatan Haprak yang baru dibentuk juga berlaku perbalahan yang ketara diantara PKR dan DAPigs apabila masing - masing kemaruk nak berebut kerusi DUN Sarawak.

Kali ini giliran gabungan parti Politik Pembangkang di Sarawak pulak beramuk sesama sendiri apabila dikalangan mereka pun dah mula curiga dan berbeza pendapat diantara satu dengan yang lain.

Kita ingatkan 'Gah' sangat la diorang nak menggabungkan 'Tujuh' parti Politik di Sarawak bagi menyaingi Barisan Nasional. Rupanya, ada pulak cerita disebalik keghairahan mereka tu.

Belum apa - apa lagi, dah ada pihak yang menafikan penglibatan mereka dalam pembentukan gabungan Pembangkang yang baru tu. Sebaliknya, mereka hanya sekadar 'Turut Hadir' sahaja.

Penafian itu dibuat oleh Presiden Parti Alternatif Rakyat (People Alternative Party - PAP) dan disokong pula oleh Setiausaha Agung parti itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Katanya, wakil PAP yang hadir sewaktu pengumuman mengenai pembentukan gabungan Pembangkang itu hanya 'Turut Hadir' tetapi tidak memetarai sebarang perjanjian seperti yang didakwa.
"Saya mendapat jemputan untuk datang mendengar taklimat mereka, apakah matlamat mereka dan sebagainya. Seperti mana Presiden kami katakan, kami belum ada apa-apa (kata putus sama ada) untuk menyertai, kami hanya menghadiri untuk dengar taklimat mereka dan apa yang mereka cadangkan.
"Kami belum menerima apa-apa memorandum atau Perjanjian Persefahamam (MoU). Saya hanya memohon kepada mereka sekiranya mahu menjadikan PAP sebagai parti gabungan, kami perlukan MoU dahulu untuk diteliti. 
"Selepas diteliti, kami perlu berbincang dengan keseluruhan anggota majlis tertinggi PAP untuk membuat keputusan," katanya kepada Antarapos, mengulas mengenai kenyataan Lina itu.
Manakala bagi pihak parti STAR pula, penafian yang dibuat oleh kepimpinan PAP itu merupakan satu perkarayang 'Mengejutkan' kerana pada pendapat mereka, PAP telah bersetuju.
"Itu sesuatu yang mengejutkan bagi saya kerana kita telah adakan siri perbincangan. Kita adakan tiga siri perjumpaan, dan langkah seterusnya adalah untuk menandatangani perjanjian persefahaman. Tujuh parti yang disenaraikan adalah parti yang pernah mengadakan perbincangan dengan kami," katanya
Jelas, kenyataan itu membuktikan bahawa gabungan dikalangan Pembangkang di Malaysia ni memang jenis tak boleh dipercayai lansung. Masing - masing sarat dengan agenda tersendiri. Belum dapat kuasa dah berbalah. Kalau dapat kuasa, jahanam Negara dibuatnya!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping