Selasa, Julai 19, 2016

Mat Taib Dah Insaf???
Agak menghairankan juga bagi segelintir pengguna laman media sosial apabila kelibat Bekas Menteri Besar Selangor ni dilihat mesra bersama - sama dengan pemimpin UMNO Selangor.

Muhammad Taib atau panggilan singkatannya Mat Taib dilihat turut hadir dalam satu jamuan Hari Raya Aidilfitri yang turut dihadiri pemimpin - pemimpin tertinggi UMNO baru - baru ini.

Mat Taib sebelum ini mengambil tindakan keluar dari UMNO dan menyertai PAS selepas dia didakwa terasa terpinggir serta merajuk dengan pucuk pimpinan parti sebelum PRU yang lalu.
Mat Taib kemudiannya bertindak meninggalkan PAS selepas berlansungnya muktamar parti itu ekoran ketidak-sefahaman dengan keputusan pemilihan parti yang dijalankan sebelum ini.

Walaupun beberapa pihak menganggap Mat Taib akan menyertai parti KUALI pimpinan Mat Sabu, namun bekas pemimpin UMNO itu bertindak sebaliknya apabila dia menyertai PKR.

Jika sebelum ini wujud desas desus mengatakan Mat Taib telah 'dihantar' untuk memecah-belahkan PAS dari dalam dan kemudian menyertai PKR atas tujuan yang sama. Tapi itu semua hanya khabar angin semata - mata.

Walau apa pun niat Mat Taib, itu dia punya pasal. Kelibat dia menghadiri jamuan Hari Raya itu juga tidak la menghairankan sangat. Tinggal lagi, kemesraan yang dipaparkan oleh Si Mat Taib ni mampu membuatkan Pakatan tertanya - tanya, "Apa Kejadahnya Yang Si Mat Taib ni buat???"
Categories:

10 ulasan:

  1. lingkaran kehidupan, beredar dan beralih akhirnya kembabali ke pangkal lingkaran.

    BalasPadam
  2. Tayah bawa balik LIABILITY macam Mat Taib. Masa dalam pembangkang pun takde impak. Tak ada guna pun.

    BalasPadam
  3. Mat Taib menghadiri majlis jamuan hari raya Aidil Fitri tu sebagai spy bagi pihak pakatan harapan. Nanti ada la benda yg dia akan as n sampaikan kat geng2 pakatan.

    BalasPadam
  4. Parti partilah....silaturrahim patut diteruskan.

    BalasPadam
  5. Pesanan untuk admin.. Majlis rumah terbuka hari raya adalah majlis silatulrahim. Jangan disebabkan berlainan pendapat dalam politik kita bermusuh sesama umat Islam. Jangan politikan semua perkara kerana ini akan menghancurkan perpaduan umah. Ambil contoh di Turki dalam rampasan kuasa baru2 ini, semua parti politik tanpa mengira fahaman bergabung demi menegakkan demokrasi dinegara mereka. Ini termauklah parti Rakyat Kurdish yg mengangkat senjata menuntut satu negara sendiri sebelum ini. Ini adalah satu satu negara yg mempunyai pemikiran politik yg matang yg perlu kita contohi. Cukup2 lah dengan peristiwa dua iman gara2 berlainan parti politik. Jika anda dibayar sekalipun anda perlu ada tanggungjawab sosiàl dan agama anda...Jangan jadi buta mata dan hati dek kerana wang ringgit!....

    BalasPadam
    Balasan
    1. "Jangan jadi buta mata dan hati dek kerana wang ringgit!"

      Komen: siapa dia? admin? hek eleh sempat pulak mengumpat yer ... hmmm nampaknya pengomen ini lebih hebat dari Machiavelli.

      Padam
  6. Dia nak kembali kepada UMNO biarlah tetapi dia sendiri yang termalu disebabkan ikut sangat tabii politik lalang yang pernah dipilihnya sendiri itu.

    BalasPadam
  7. Ada orang mengaku Islam.Tapi, hal yang kecik ni pun djadikan isu.Hari Raya kab?Kan macam orang tak beriman pulak bila kutuk orang bermesra2 . . .pelik, akhir zaman agaknya.

    BalasPadam
  8. TOK MAT MIKE TYSON DAH PENAT BERLARI MENGEJAR BAYANG

    BalasPadam
  9. i speekee no english. i am just a hypocrite (bukan sebab silatulrahim nooooo)

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping