Selasa, Julai 19, 2016

Heh! Nak kata IRONIK pun boleh bila membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Nurul Izzah ni. Tapi nak kata ianya agak 'Meloyakan Tekak' pun ye jugak dengan paparan yang disiarkan.

Caption pada gambar yang dimuat-naikkan oleh Si Nurul Izzah tu ke akaun Instagramnya malam semalam seolah - olah memberi gambaran kepada kita mengenai sikapnya yang tak sedar diri.

Semalam Si Nurul Izzah tu memaparkan sekeping gambarnya bersama dengan Duta Besar Turki ke Malaysia sambil membincangkan mengenai isu rampasan kuasa yang berlaku di Negara tersebut.

Kata Si Nurul Izzah, Duta Turki itu memperincikan keadaan yang sebenarnya berlaku di Negara asalnya baru - baru ini kepada deligasi Pakatan Haprak yang mengadakan kunjung hormat semalam.

Antara lain, Duta Turki itu berkata, bukan sebenarnya kudeta yang mengancam Turki tetapi tindakan khianat segelintir anggota tentera pengganas terhadap negara, pemerintah dan Rakyat Turki.
Bersama Duta Besar Turki di Malaysia yang memperincikan bukan sebenarnya kudeta yang mengancam Turki tetapi tindakan khianat segelintir anggota tentera pengganas terhadap negara, pemerintah dan Rakyat Turki. Delegasi kami terdiri dpd semua pimpinan Pakatan Harapan
Jika dilihat dari satu sudut, penjelasan yang diberikan oleh Duta Turki itu seolah - olah menempelak Pakatan Haprak tu secara terang - terangan. Tapi Si Nurul Izzah tu tak perasan.

Kalau nak disamakan dengan keadaan di Malaysia pada ketika ini, puak Pakatan Haprak tu jugak yang dok sibuk menghasut anggota keselamatan untuk mengkhianati Negara dan juga rakyat.

Contohnya cukup jelas apabila ada seorang anggota tentera yang telah digugurkan dari perkhidmatannya kerana termakan dengan hasutan dari kalangan pembangkang itu masa PRU yang lalu.

Tak lupa juga dengan propaganda yang disebarkan oleh Si Ketua Penipu tu ketika mengadakan Agenda 16 September dengan membuat dakwaan kononnya tentera setuju nak ubah Kerajaan.

Kalau kita lihat dari sudut persamaannya, tindakan yang telah, sedang dan direncanakan oleh puak Pakatan Haprak tu lebih kurang sama je dengan keadaan sebenar yang dijelaskan oleh Duta Turki tu.

Dalam erti kata lainnya, tindakan yang dilakukan oleh puak Pakatan Haprak tu sendiri seolah - olah sedang menggerakan usaha untuk mewujudkan Kudeta di Malaysia. Tapi Si Nurul Izzah tu mana faham apa yang cuba disampaikan oleh Duta Turki tu!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Bagus anak papa ni, nak harap haji hadi pii sembang dengan sambil minum milo dengan duta turkey lambat la macam kura kura.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping