Selasa, Julai 26, 2016

Nikmat suara adalah fitrah ciptaan Allah S.W.T untuk menguji hambanya yang mengaku beriman. Jangan kerana meminati suara yang merdu maka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah S.W.T.

Itu penegasan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Nik Abduh sindiran yang dibuat oleh Si Menteri Besar Selangor tu ke atas PAS dalam isu konsert Selena Gomez di Selangor.
“Suara merdu wanita adalah nikmat kehidupan ciptaan Allah S.W.T. Tiada seorang ayah atau suami yang mahukan anak perempuannya atau isterinya bersuara seperti burung kakak tua.
“Kalau ada, dia sebenarnya adalah kakak tua jantan,” sindir beliau pula dalam satu kenyataan media semalam.
PAS Pusat sebelum ini mengemukakan bantahan ke atas Rejim Pakatan Selangor berhubung penganjuran konsert Selena Gomez tetapi bantahan itu dipersendakan oleh Menteri Besarnya.

Malah, Si Menteri Besar yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) secara terbuka menyindir bantahan yang dikemukakan oleh PAS di hadapan pihak media dengan berkata:
“Seksi adalah ciptaan Tuhan, ada orang seksi, ada yang tidak seksi, ada orang cantik, ada yang tidak cantik. Kenapa kita perlu kisah dengan keseksiannya dan bukan lirik atau lagunya?”
Jawapan itu menyebabkan para wartawan terutama wakil dari kalangan media Pro Pakatan pembangkang tertawa besar, seolah - olah menganggap bantahan PAS itu satu bahan lawak jenaka.

Dalam masa yang sama, PAS bersama - sama dengan beberapa NGO lain turut mengadakan solat hajat dihadapan Stadium Tertutup Melawati bagi menyatakan bantahan terbuka mereka.

Kira-kira 20 anggota Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (Perkid) mengadakan solat hajat dan membaca Yasin di luar Stadium Malawati tempat Selena Gomez mengadakan konsert malam ini.

Ketika ditemui, Presidennya Masridi Sat berkata mereka berkumpul di situ untuk memantau apa yang berlaku dan kecewa kerana ramai anak muda yang datang mengenakan pakaian seksi.

Selain itu Masridi berkata anggota Perkid juga turut mendirikan solat hajat dan bacaan Yassin beramai - ramai supaya konsert berkenaan tidak menjadi sebab kepada kedatangan malapetaka.
"Kelantan dah dapat (dilanda) banjir, Aceh (dilanda) gempa bumi. Kita ni bila-bila masa saja (boleh terjadi).
"Kalau malapetaka terjadi, tidak kira (orang) alim atau tidak, kena sapu semua. Jadi, kami tidak mahu terkena (bala bencana)," katanya.
Sebelum ini, seorang Exco PAS turut dilapor telah mengeluarkan arahan kepada semua masjid di negeri itu mengadakan solat hajat pada Jumaat lalu untuk mendoakan konsert berkenaan batal. Namun, arahan itu diperlekehkan oleh Ahli Parlimen DAPigs, Teresa Kok.
Categories: , ,

2 ulasan:

  1. Kawan aarrk, bulong wak wak dan punai meminati me nik mati keseksian suara salinah gomez, diaorung boring neelOPah nyanyi serupa burong kakak tua. Azmin sudah pulas telinga azwan ali, aduh aduh sakitnya.

    BalasPadam
  2. Mb selangor tak pergi ke...nikmati yg seksi ciptaan Allah...alahai mb..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping