Heh! Tipikal sungguh Si Khalid Samad ni. Lepas puas dia mengkritik dan menghentam cadangan yang dibuat oleh Timbalan Presiden PAS tu sebelum ini, hari ini dia buat 'Pusingan U' pulak.
Kalau sebelum ini, Si Khalid Samad tu beria - ia memberikan gambaran negatif terhadap cadangan yang telah dibuat oleh Tuan Ibrahim Tuan Man untuk mewujudkan 'Genjatan Senjata'.
Selain menganggap cadangan Tuan Ibrahim tu sebagai 'Syok Sendiri', Si Khalid Samad tu juga turut memberikan bayangan bahawa PAS bukan merupakan sebuah parti yang boleh dipercayai.
Malah Si Khalid Samad itu juga mendakwa hanya PAS sahaja suka berdolak - dalik dan berubah - ubah pendirian sedangkan Pakatan Pembangkang lain dah lama mewujudkan kerjasama.
Tapi lain pulak dengan kenyataan yang dikeluarkan baru - baru ini apabila Si Khalid Samad tu dilaporkan cuba menyeru agar pucuk pimpinan PAS memberi pertimbangan terhadap cadangan itu.
Kata Si Khalid Samad, cadangan yang dibuat oleh Timbalan Presiden PAS itu perlu diperhalusi dan dijadikan sebagai pendirian rasmi parti jika mahu menumbangkan Barisan Nasional.
"Itu terpulang kepada pimpinan PAS untuk mulakan perbincangan samada setuju tentang gesaan (Tuan Ibrahim) dan sebagainya. Kita (Amanah) harap pimpinan PAS akan setuju sebab kita dan rakyat pun mahu jatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya akan datang.
"Jadi saya cadangkan pendapat peribadi Tuan Ibrahim itu dibincang dan dibahas untuk dijadikan pendapat rasmi samada diterima atau tidak cadangan yang dibawa oleh Tuan Ibrahim," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Persoalannya, kenapa Si Khalid Samad tu tiba - tiba berubah pendirian sedangkan selama hari ini dia dilihat cukup tegar menolak konsep yang dicadangkan oleh Timbalan Presiden PAS itu?
Adakah Si Khalid Samad tu menerima tekanan dari pihak berkepentingan tertentu yang sebelum ini dilihat bersetuju dengan cadangan yang diutarakan oleh Timbalan Presiden PAS?
Pokok pangkalnya, jika sebelum ini Si Khalid Samad tu membuat dakwaan yang PAS suka berubah - ubah pendirian kerana sering berada dalam keadaan terdesak. Tapi nampak gayanya dia sendiri pun lebih kurang sama je terdesaknya dengan PAS!!!
Pas negeri negeri lain cerdek jugak. Di orang pon belajar dengan arwah tok guru. Apaek lai lai makan durian, musang king maaa.
BalasPadamsi khalid ni asyik meroyan...tak payah layan la
BalasPadamTak kira siapa pun. Hati ² bila u-turn tu. Khuatir di sondol kenderaan di belakang.
BalasPadamartikel yang sangat bermanfaat
BalasPadam