Selasa, Julai 19, 2016

Heh! Nampak gayanya kemelut yang tidak diundang cetusan Timbalan Presiden PAS tu sebelum ini telah memakan diri apabila dia pulak yang dilihat mula menggelupor tak tentu arah.

Dek kerana kenyataan diluar prinsip parti itu membuatkan Timbalan Presiden PAS itu kini berhadapan dengan pelbagai spekulasi serta menjadi sasaran serangan persepsi dari setiap sudut.

Walaupun ada dikalangan pemimpin Pakatan Haprak tu menyambut baik cadangan yang dibuat bagi menjaga kepentingan Politik mereka, tak kurang juga yang menolak cadangan tersebut.

Nak pulak bagi bekas pemimpin PAS seperti Khalid Samad yang dilihat cukup lantang mengkritik dan memburukkan cadangan dari Timbalan Presiden PAS itu secara terang - terangan.

Dek kerana terlalu celupar mulut Si Khalid Samad tu menghentam cadangan yang dibuat, Pak Berahim memberi peringatan supaya dia menutup mulut atau membubarkan parti PAN.

Namun peringatan yang diberikan oleh Pak Berahim tu telah ditempelak oleh blogger Pro PKR yang telah mem-BANGANG-kan Timbalan Presiden PAS tu secara terbuka didalam blognya.

Kata blogger tersebut dalam artikelnya, label 'Bangang' itu ditujukan kepada Timbalan Presiden PAS tersebut kerana telah mengeluarkan kenyataan yang disifatkan sebagai 'Tak Sedar Diri'.
"Aku kata BANGANG sebab takkan Ust Tuan Ibrahim tak sedar yang 'pembangkang tidak aman' tu bukan cuma sebab PAS berbalah dengan Amanah saja tapi sebab PAS jugak hampir setiap masa bergaduh sakan dengan DAP," kata blogger tersebut.
Selain daripada itu, blogger Pro PKR itu juga mendakwa Tuan Ibrahim pada ketika ini sedang berhadapan dengan serangan persepsi sehingga memaksa dia membuat kenyataan tersebut.
"Aku yakin Ust Ibrahim pun sedar dia akan berdepan masalah persepsi dengan cadangan dia tu pasai tu awal-awal lagi dia keluarkan kenyataan untuk ubah persepsi tu.
"Cuma masalahnya aku yakin cadangan Ust Tuan Ibrahim tu kurang disukai oleh oleh majoriti pemimpin serta ahli dan penyokong PAS disemua peringkat sebab cadangan tu dilihat 'mendahului' malah mungkin bertentangan dengan pendirian Presiden PAS yang berusaha mengujudkan blok ke-3 dan cukup konsisten takkan bersama dengan Pakatan Harapan.
"Malah aku cukup yakin Ust Tuan Ibrahim dapat tekanan yang cukup kuat dari pihak yang tak setuju dengan cadangan dia tu dari berbagai pihak lain dalam PAS dan dia dilihat seolah-olah ingin 'berlembut' termasuk dengan DAP dan Amanah," dakwa blog itu lagi.
Apa yang jelas, seperti mana yang kita nyatakan sebelum ini, cadangan peribadi Pak Berahim tu tidak memberi sebarang keuntungan kepada PAS. Sebaliknya, dia hanya merosakkan lagi reputasi PAS dikalangan masyarakat yang melihat parti tu suka 'Flip Flop'!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Brahim ni dari dulu lagi dilihat umpama lalang. Jika nak masuk puak pembangkang masuk sahaja lah buat apa terhoyong hayang macam mabuk ketum.

    Marah sangat pada UMNO macam dia pernah kena hukum hudud. Brahim! Brahim...

    BalasPadam
  2. blogger yg bangang tak faham apa yg diutarakan tn ibrahim....klu bodoh tak payah jdi blogger...buat malu.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping