Sabtu, Julai 16, 2016

Kumpulan NGO Pro PKR tampil melabelkan Tun Mahathir sebagai seorang yang tamakkan kuasa hingga sanggup melakukan apa sahaja termasuk menubuhkan parti politik baru demi mencapai cita-cita peribadinya.

Itu diantara respon Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin apabila diminta mengulas hasrat bekas perdana menteri itu yang mahu menubuhkan parti pembangkang baru tidak lama lagi. 
"Kenapa perlu ada parti lain? Ini menunjukkan bahawa kamu hendak jadi ketua dan semua orang kena ikut kamu. Keduanya untuk rakyat lihat dari pengumuman semalam, beliau nak tubuhkan parti apa?
"Beliau nak tarik kembali orang Umno, tubuh parti seperti konsep Umno. Saya nak tanya pakatan baru yang dibentuk nanti boleh terima konsep parti perkauman berasaskan Umno? Jika boleh terima, bermakna kamu terima hanya politik semata-mata, bukan aspirasi baru. 
"Ketiga yang rakyat perlu lihat adalah persoalan bagaimana Mahathir yang pernah ditentang kerana jenayah dan penyalahgunaan kuasa dan kehancuran sistem, adakah selama ini kita menipu rakyat bahawa beliau dan anak-beranaknya serta kroni merompak harta negara?," demikian menurutnya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
Badrul atau dikenali sebagai Chegubard mengulas tindakan Mahathir yang sebelum ini mengesahkan pembentukan sebuah parti politik baru yang akan menjadi sebahagian daripada gabungan pembangkang bersama PKR, DAP dan PAN.

Penubuhan gabungan pembangkang yang baru itu katanya sebagai persediaan untuk berhadapan dengan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke - 14 yang akan datang.

Chegubard yang juga bekas Ketua Cabang PKR Rembau mengingatkan pemimpin pembangkang bahawa mereka berterusan dipergunakan Mahathir, sementelah Ketua Pembangkang, Wan Azizah sendiri tidak merestuinya.

Bukan itu sahaja, bahkan tindakan Ketua Umum PKR yang mengutus surat teguran dari penjara rentetan penglibatan pembangkang dalam usaha Mahathir juga seharusnya dijadikan iktibar.
"Apakah keperluan gabungan baru dalam keadaan Pakatan Harapan (PH) masih setahun jagung dan masih banyak ruang memperbaikinya? Kenapa perlu buka parti politik baru?
"Wan Azizah yang saya kenali seorang yang berorganisasi. Jelas bahawa PKR tidak membincangkan langsung, maknanya tindakan peimpin PKR hadir semalam adalah tindakan peribadi, jika mengatakan mewakili PKR ia adalah perbuatan khianat, watak yang sama pernah diberi amaran oleh Anwar.
"Nampaknya mereka obses kuasa semata-mata, tidak peduli organisasi, malah berkenaan Anwar juga mereka tak peduli," ujarnya lagi.
Bukan itu sahaja Chegubard yakin penglibatan pembangkang dalam hasrat Mahathir itu akan menjarakkan sokongan rakyat terhadap PH sekaligus memberi laluan mudah kemenangan Umno-BN.
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Siapa dia ni?

    BalasPadam
  2. Orang yg xlaku...hujah2 dia hanya masuk telinga kiri keluar telinga kanan....bukan masuk pintu belakang ye..

    BalasPadam
  3. Tun M kena cermin dulu diri dia tu...

    Dia pun bukannya bersih masa meemrintah dulu

    Sekelip mata semua penyelewengan dai akan terbongkar

    Dia tak fikirke????

    Apa anak dia buat??? Bodoh sgt anak dia. Tak tahu nak nasihat bapak dia

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping