Sabtu, Julai 16, 2016

Nampak gayanya, Si Menteri Besar Selangor sendiri pun tak berani nak menyanggah tuduhan yang dilemparkan oleh Naib Presiden PKR ni terhadap kedudukan Sultan Selangor.

Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Haji Aminuddin Yahaya, hari ini mengecam kenyataan Naib Presiden PKR, Darell Leiking yang secara tidak lansung menuduh Sultan Selangor sebagai ekstremis.
“Adakah Sultan Selangor seorang ekstremis? Tahukah beliau bahawa hal Ketua Ehwal Agama Islam Negeri adalah di bawah Sultan?,” soal Aminuddin dalam satu kenyataan kepada Ismaweb hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Penampang di Facebook pada 7 Julai lalu yang mengkritik kandungan khutbah khas Aidilfitri yang disediakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Dalam kenyataannya yang merujuk satu laporan Malaysiakini bertajuk “Jais’ Hari Raya sermon lauds Hadi’s Bill, win over SIS in court”, Darell menyatakan “It is beginning to look like the extremists are running the State of Selangor.”

Aminuddin yang juga Ketua Biro Politik Isma berkata, kenyataan yang dibuat oleh pemimpin PKR terhadap khutbah JAIS itu adalah sangat biadab dan tidak bertanggung jawab.
“Ia juga secara tidak langsung mengatakan bahawa semua pentadbir JAIS termasuk Sultan Selangor juga adalah seolah ekstremis.
“Ketika negara dilanda ancaman IS sudah tentu kenyataan ini boleh membawa konotasi yang negatif terhadap agama Islam dan kebencian rakyat terhadap institusi Islam.
Justeru katanya, ISMA mendesak supaya pihak Polis segera mengambil tindakan dan menyiasat pemimpin PKR itu setelah beberapa laporan polis dibuat terhadap Darell ini,” katanya.

Sebelum ini, pelbagai pihak telah membuat beberapa laporan Polis bagi mendesak agar mereka menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas pemimpin PKR itu.

Difahamkan Pertubuhan JATI dan Yayasan Murni Akidah (YMA) sebelum ini juga telah membuat laporan polis masing - masing sebagai respon kepada kenyataan Naib Presiden PKR tu.

Khutbah yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sempena sambutan Aidilfitri baru - baru ini menyatakan rasa kesyukuran dengan kemenangan bagi umat Islam dengan pembentangan rang undang-undang persendirian oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dalam masa yang sama, ia turut menyatakan kesyukuran dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak cabaran daripada kumpulan Sister in Islam (SIS) terhadap fatwa Selangor yang mengisytiharkan kumpulan itu sebagai ‘sesat’.

Namun apa yang dikesalkan ialah pendirian Si Menteri Besar Selangor tu sendiri yang hanya mendiamkan diri apabila salah seorang pemimpin dari partinya menghina kedudukan Sultan Selangor dan juga Jabatan Agama Islam Selangor secara terbuka!!!
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Nak jugak tanya mana perginya Ibrahim Ali dan kunco Perkasanya..kata nak perjuangkan orang melayu dan islam..ooo..lupa pula bila dah dapat sokongan ramai ruoanya nak tukar ke parti politik pjugak..

    BalasPadam
  2. Azmin yg ketua menteri slangor pun tak berani nak sound.. apatah lagi tahap2 cacing ibrahim ali yg ko nak harapkan. Apa punya harapan bodo la ko ni..

    BalasPadam
  3. Pakida per cerita???... Takkan sibut Dom tarik kereta jer kott...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan sampai parang panjang berterbangan sudah mcm dulu2 tahun 1969...

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping