Rabu, Julai 27, 2016

Kerukunan dan kesepakatan dalam Pakatan Haprak tu masih jauh dari kenyataan. Sindir menyindir dan kritik mengkritik masih lagi menjadi sulaman dalam hubungan PKR, DAP dan PAN.

Yang terbaru ialah tindakan Timbalan Presiden PKR yang agak lancang melabelkan Timbalan Pengerusi PAN Selangor sebagai “Pengemis Jawatan Exco” membuktikan perkara tersebut.

Kenyataan itu dibuat sebagai desakan kepada Azmin supaya menjelaskan mengapa dia masih mengamalkan budaya permainan ‘Politik Istana’ dengan mengekalkan PAS dalam Rejim pimpinannya.

PAS sehingga ke hari ini masih mempunyai tiga ahli Exco bersandarkan hakikat bahawa parti itu masih menjalin kerjasama dengan PKR atas alasan mahu mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13, dikekalkan.

Timbalan Pengerusi PAN itu dilaporkan membuat teguran berhubung permainan ‘Politik Istana’ Azmin dalam satu forum yang dianjurkan Gerakbudaya di Petaling Jaya, malam Ahad lalu.

ADUN Hulu Klang itu juga turut menegaskan bahawa Azmin selaku Menteri Besar perlu menggugurkan PAS daripada pentadbiran Rejimnya kerana “parti itu tidak lagi boleh diperbaiki”.
Reaksi Azmin dalam catatan twitternya membenarkan kenyataan Setiausaha politiknya sendiri bahawa pemimpin Pakatan masih dibelit ego yang sering bersilang pandangan dalam politik.

Ego dan perbezaan pendapat itu adalah kelemahan terbesar pembangkang dalam mengukuhkan hubungan antara mereka jika mahu terus mentadbir Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang.

Katanya, Pakatan tidak mengambil iktibar dari keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak dan Pilihanraya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar bagi membentuk gabungan yang menguntungkan.

Jelasnya, percakaran di antara pembangkang khususnya PAS, DAP dan PAN hanya merugikan gabungan pembangkang dan menyukarkan idea penggabungan parti-parti pembangkang.

Secara kesimpulannya, kedudukan Pakatan Haprak tu hari ini sama seperti yang digambarkan oleh PAS yang menegaskan bahawa tidak wujud kesepakatan dikalangan mereka. Dalam erti kata mudahnya, Pakatan Hapra tu wayang je lebih!!!
Categories: , ,

2 ulasan:

  1. Orang PAN amat gemar dipanngil Amanah tetapi Rakyat memanggil mereka:

    Periuk
    Imayam Cable TV
    Kuali
    Goreng Goreng
    Pengkhianat
    Khadam
    Talibarut DAP
    DAN TERBARU ADALAH PENGEMIS.

    KAH KAH KAH

    BalasPadam
    Balasan
    1. Azmin ni mcm sesumpah..depan Dapigs dia dia sokong depa...depan PAS dia sokong pas...spesis ni lagi bahaya..demi survival politik dia, dia terpaksa bermuka2 dgn org PAS..sbb dia tahu pengikut dia ciput..lantak kau le MIN

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping