Jumaat, Julai 22, 2016

Heh! Kalau puak Pakatan Haprak tu baca kenyataan yang dibuat oleh pemimpin PAS ini, dah tentu yang diorang akan melabelkan parti itu sebagai sebuah parti "Pemakan Dedak" Kerajaan.

Dikala semua orang memandang berat pendedahan yang dibuat oleh media antarabangsa berhubung dakwaan Department of Justice (DOJ) Amerika semalam, lain pulak dengan PAS.

Pendirian mereka setakat hari ini, parti itu masih lagi kekal menolak sebarang usaha campur tangan asing dalam isu Politik yang melibatkan urusan pentadbiran dalam Negara ini.

Walaubagaimana pun, PAS katanya tetap memandang berat isu pendedahan yang dibuat oleh DOJ dan mengharapkan penyelesaian tuntas dari pihak berkenaan bagi menyelesaikan isu tersebut.
“Jika ia melibatkan pengurusan pelaburan dan kewangan yang silap dan jangkaan pelaburan yang salah, maka penambahbaikan dan kebertanggungjawaban pihak yang berkenaan perlu diberikan perhatian.
“Selaras dengan prinsip Islam dan terma universal iaitu ‘innocent until proven guilty’ (tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah). PAS menuntut penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Bagi sesetengah pihak, pendirian PAS itu logik dan berasas memandangkan yang buat pendedahan mengenai perkara itu berpusat di Amerika yang terkenal dengan penjajahan terkini.

Jika sebelum ini, campur tangan kuasa asing seperti Amerika yang telah menyebabkan Iraq berperang dengan Iran dan kemudiannya meruntuhkan Kerajaan Iraq yang ditadbir Saddam Hussien.

Begitu juga dengan campur tangan kuasa asing di Mesir yang menyebabkan Negara itu secara berterusan mengalami keadaan Politik yang tidak stabil serta bercelaru sehingga ke hari ini.

Bahkan, campur tangan pihak kuasa asing juga yang menyebabkan berlakunya cubaan rampasan kuasa di Turki baru - baru ini. Jadi, adakah kita di Malaysia ni mahu keadaan seperti itu berlaku?

Lagi pun, jika selama hari ini ramai juga dikalangan masyarakat dunia yang meyeru agar jangan mudah percaya dengan kuasa asing seperti Amerika. Maka, kenapa pulak kita nak percaya kepada laporan yang didedahkan baru - baru ini???
Categories: ,

2 ulasan:

  1. muslim paling mungkar masih memiliki sifat positif berbanding Kafir Barat yang luarannya serba positif

    ia ternyata benar apabila tindak tanduk kuasa direnung dan diteliti: meskipun tersenyum gigi taring masih terlindung.

    BalasPadam
  2. Ahli PAS tak makan dedak. Peminpin PAS memang dah merepek. Hadi Awang dah meniaga dan paling terkejut Haron Din. Semua dah berniaga dengan Najib. Dah jadi broker projek development kat KL. Dunia ana yg punya broooo ...hahhaaa

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping