Selasa, Julai 26, 2016

Tindakan PKR yang masih belum memberikan kata putus berhubung cadangan DAP bagi mengadakan Pilihan Raya mengejut di Pulau Pinang, mula membangkitkan pelbagai spekulasi.

Bahkan sampai tahap ianya menimbulkan tanda tanya sama ada parti itu bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan kemelut yang melanda ketua menteri negeri berkenaan, Lim Guan Eng.

Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Malaysia (MPM) Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, PKR mungkin berpendapat pilihan raya mengejut bukanlah pilihan terbaik buat masa ini. 
"Saya kira PKR ingin berunding dengan DAP lagi tentang pilihanraya mengejut ini, sekiranya ada jalan lain lebih baik. 
"Apabila kita mengadakan pilihan raya mengejut ini, memberikan gambaran yang buruk kepada pihak yang inginkan pilihan raya itu (diadakan) jadi PKR yang sebahagian daripada Pakatan Harapan, mungkin PKR ingin cara yang lain untuk menyelesaikan masalah Lim Guan Eng itu, ini bukan satu-satunya cara," katanya kepada Antarapos.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai teka-teki yang ditunjukkan PKR berhubung cadangan DAP untuk mengadakan pilihan raya mengejut sebagai tanda protes terhadap pertuduhan rasuah yang dihadapi Guan Eng kini.

Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini memaklumkan bahawa PKR dibawah pimpinan tidak nampak sebarang kewajaran serta keperluan untuk pilihan raya tersebut diadakan.

Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada mesyuarat Isnin lalu mempersetujui cadangan bagi membubarkan DUN dan mengadakan pilihan raya mengejut untuk melihat sokongan rakyat terhadap Guan Eng.

Kecewa dengan keputusan PKR, Guan Eng kemudiannya berkata Rejim pimpinannya masih menunggu persetujuan daripada rakan sekutu itu sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya.

Sementara itu, PAN pula menyatakan bahawa pihaknya akan mengumumkan pendirian mereka dalam mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan.  

Dalam pada itu, Kok Seong yang juga pensyarah kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, DAP tidak seharusnya mengenepikan pandangan Wan Azizah kerana PKR banyak membantu parti itu sehingga dapat kekal berkuasa selama dua penggal di Pulau Pinang. 

"Saya kira DAP pun perlu mengambil pandangan ini kerana tanpa PKR, DAP belum tentu meraih kemenangan yang membolehkan mereka membentuk kerajaan negeri jadi pandangan PKR itu saya kira diambil oleh DAP sebab itu masih belum tentu nak adakan pilihanraya mengejut," katanya.

Beliau juga yakin DAP kini sedang memastikan bahawa rakan-rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan agar bersetuju untuk mengadakan pilihan raya mengejut itu sebelum kes Guan Eng dibicarakan. 
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping