Jumaat, Julai 15, 2016

Kalau menengokkan gayanya, tak habis lagi perasaan benci Si Khalid Samad ni terhadap bekas partinya sebelum ini. Sampai ke hari ini, Si Khalid Samad tu masih lagi memusuhi PAS.

Sedangkan orang lain menyambut cadangan yang dibuat oleh Timbalan Presiden PAS tu dengan baik, lain pulak dengan Si Khalid Samad ni yang secara berterusan menyindir parti itu.

Kata Si Khalid Samad, PAS yang memilih untuk keluar dari gabungan yang menjadikan Barisan Nasional sebagai Musuh Utama sedangkan parti lain dah lama bergabung dalam Pakatan.
"Kami termasuk antara yang bersama-sama dalam gabungan Pakatan Harapan dan PAS adalah mereka yang berada di luar.
"Jadi sedikit ganjil apabila mereka yang berkata bahawa kita perlu bekerja bersama-sama menentang Barisan Nasional. Kami telah bekerja bersama-sama sebaliknya mereka tidak," katanya yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.
Malah Si Khalid Samad tu juga sempat membuat dakwaan kononnya PAS yang telah menutup pintu rundingan dengan Pakatan yang selama ini kekal istiqomah menyerang Barisan Nasional.
"Jadi ia adalah ganjil untuk Tuan Ibrahim menyeru orang lain menghalakan senjata mereka kepada BN kerana itulah yang telah kami lakukan selama ini. Beliau seharusnya membangkitkan perkara ini kepada PAS," katanya kepada The Star Online.
Dalam erti kata lainnya, Si Khalid Samad ni cuba memberikan gambaran seolah - olah Si Pak Berahim tu hanya sekadar 'Syok Sendiri' dan membayangkan PAS sebagai sebuah parti yang tak sedar diri.

Tapi, tak hairan la kenapa Si Khalid Samad ni masih lagi membenci bekas partinya itu. Sedangkan masa dia dalam PAS pun dia bermusuhan dengan parti tu dari dalam. Inikan pulak bila dia dah keluar. Makin menebal la rasa benci dia pada PAS!!!
Categories:

1 ulasan:

  1. Khalid Samad ni berpenyakit kronik ( bukan konek ye). Penyakit hasad dengki dan penyakit " Aku je yg pandai sorang". Cakap berkobar kobar tapi apa satu pun TAK BUAT. Apa yg dia buat kat Shah Alam tu sebagai MP, tak ade satu pun yg dia buat kecuali complaint...complaint....complaint. Itu tak betul, ini tak betul, sebenarnya dia yang TAK BETUL. Padan muka kena hentam dg Menteri di Jab. Perdana Menteri Azalina Othman kat dalam parliament.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping