Ahad, Ogos 28, 2016

Kalau tengok dari lenggok gerak bahasanya, nampak sangat yang Si Menteri Besar Selangor ni tengah 'Panas Punggung' bila menjawab soalan secara bertubi - tubi yang diajukan oleh pihak media.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, Si Menteri Besar Selangor tu menafikan dakwaan bahawa Ketua AMK Gombak adalah proksinya dalam kontroversi Paya Indah Wetlands yang kini disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Azmin berkata, dia dan pihak Rejim Pakatan pimpinannya sedia untuk disiasat berhubung dakwaan yang telah dibuat oleh Penyelaras NGO Pro PKR, Si Chagubard berhubung isu tersebut
"Rakyat negeri Selangor adalah proksi saya. Saya menjaga kepentingan rakyat dan negeri. Saya sudah tegaskan beberapa kali bahawa pendirian kerajaan negeri pada hari ini bahawa kita bersikap terbuka dan telus. 
"Mana-mana pihak atau individu yang mempunyai dakwaan tidak payah menjerit setiap malam di media. Serah sahaja kepada pihak berkuasa untuk buat siasatan," katanya di sidang media selepas merasmikan Projek Rumah Selangorku di Taman Putra Impiana, Puchong, pagi tadi.
Azmin berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan Si Chagubard telah membuat laporan kepada pihak SPRM petang Jumaat lepas berhubung isu status Paya Indah Wetland. 

Si Chagubard tu mendakwa bahawa kepimpinan Azmin secara salah telah mengubah status lot tanah 68054 yang dikatakan milik Paya Indah Wetlands daripada pertanian kepada komersial.

Apabila terus didesak untuk mengulas mengenai kewujudan dakwaan proksi seperti yang dinyatakan oleh Si Chagubard, Si Azmin tu mula mempersoalkan etika kewartawanan pemberita berkenaan. 

Bahkan, dia cuba memperlekehkan pemberita berkenaan selepas diminta mengulas tindakan pengedaran booklet setebal 16 halaman yang didakwa mengandungi 80 peratus bukti salah guna kuasa bersabit kontroversi di lot tanah di Paya Indah Wetlands.
"Anda mewakili pihak mana? SPRM? Tanya soalan yang menunjukkan anda profesional atau tidak dalam bidang ini. Saya nak tanya, adakah anda seorang wartawan yang profesional?," soalnya.
Daripada jawapan yang diberikan itu pun sudah cukup untuk kita membuat andaian yang Si Menteri Besar Selangor ni 'Tak Senang Duduk' dengan soalan yang dibangkitkan oleh media. Maka sebab itu dia berikan alasan bertaraf 'Longkang' sedemikian rupa!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping