Rabu, Ogos 31, 2016

Menempelak sikap talam dua muka yang ditonjolkan oleh Si Menteri Besar Selangor tu, Bblogger pro PAN, Tulang Besi melabelkan Timbalan Presiden PKR itu sebagai ‘Bapak arua DAPigs’.

Label itu diberikan kepada Azmin selepas Menteri Besar Selangor tu bersetuju dengan tuntutan DAPigs untuk memansuhkan pemberian diskaun sebanyak 10 peratus kepada Bumiputera.

Diskaun tersebut sebelum ini adalah bagi tujuan pembelian unit pangsapuri berservis, SoHo (rumah pejabat kecil) dan SoVo (rumah pejabat versatil) di dalam kawasan sekitar Negeri Selangor.
“Dalam geng Azmin Ali kuat sebar fitnah konon Amanah barua DAP, rupanya Azmin lagi bapak barua pada DAP.
“Diskaun yang selama ni khas untuk Bumiputra 10% bila beli rumah sekarang diberi pada semua bangsa. Ertinya hak istimewa Melayu dah terhapus,” katanya dalam Facebook hari ini.
Selain itu, Tulang Besi juga turut melabelkan SI Menteri Besar Selangor tu sebagai seorang pemimpin PKR bermulut jahat yang kini sedang ditunjukkan oleh Allah S.W.T mengenai sikap sebenarnya.
“Mulut jahat sangat sekarang Allah tunjuk balik Konon nak kerjasama dengan PAS sebab nak jaga undi Melayu tapi pada masa sama Azmin hapuskan hak Melayu. Cakap tak serupa bikin,”katanya lagi.
Sementara itu, dalam isu yang sama, Exco Selangor dari DAPigs jelas tidak senang dengan laporan yang disiarkan melalui Nanyang Siang Pau, berhubung isu penghapusan diskaun tersebut.

Akhbar tersebut melaporkan bahawa 10 peratus diskaun bumiputera bagi pembelian pangsapuri perkhidmatan itu akan dimansuh selepas perlaksanakan garis panduan pembangunan baharu bermula 1 September ini.

Teng menafikan pemansuhan 10 peratus diskaun untuk Bumiputera, tetapi cuba memutar-belitkan pelaksanakan polisi baharu itu dengan alasan kononnya mahu memberikan diskaun 10 peratus kepada semua kaum secara sama rata.
“Tidak ada soalan mengenai penghapusannya (10 peratus diskaun Bumiputera) tetapi kami menurunkan harga dan menyelaraskannya untuk semua.
“Pentadbiran negeri mengambil langkah untuk menyeragamkan harga jualan hartanah, tidak memansuhkan diskaun seperti yang dilaporkan,” katanya pada Isnin dilaporkan Mstar.
Dalam erti kata lainnya, tindakan Exco Selangor dari DAPigs jelas cuba nak mengelirukan rakyat dengan menyatakan kononnya Rejim Pakatan Selangor tu tak mansuhkan diskaun kepada Bumiputera padahal, itulah yang sedang mereka lakukan pada ketika ini!!!
Categories: ,

10 ulasan:

  1. Bila lagi PAS nak lepaskan ecxo di Selangor?Pas bukan ahli Pakatan Haprak..exco patutnye diberikan kpd PAN..Pas tanding lawan Pakatan..Hadi kan kawan Umno..Najib dah bagi 90 juta kpd Hadi dan olamak Pas..mintaklah exco dari umno

    BalasPadam
  2. Bila lagi PAS nak lepaskan ecxo di Selangor?Pas bukan ahli Pakatan Haprak..exco patutnye diberikan kpd PAN..Pas tanding lawan Pakatan..Hadi kan kawan Umno..Najib dah bagi 90 juta kpd Hadi dan olamak Pas..mintaklah exco dari umno

    BalasPadam
  3. Bila lagi PAS nak lepaskan ecxo di Selangor?Pas bukan ahli Pakatan Haprak..exco patutnye diberikan kpd PAN..Pas tanding lawan Pakatan..Hadi kan kawan Umno..Najib dah bagi 90 juta kpd Hadi dan olamak Pas..mintaklah exco dari umno

    BalasPadam
  4. Tamat segala spekulasi dan teka-teki, seperti yang dijangkakan bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa malam tadi sah menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) selepas beliau sendiri mengumumkannya di sebuah majlis makan malam di Cyberjaya.

    "Saya berdiri di sini dengan nama Allah, bertawakal, saya serahkan diri pada perjuangan AMANAH," katanya.

    “Saya telah tandatangan borang permohonan (menyertai) Amanah” kata Adun Salor itu.


    "Malam ini saya serahkan perjuangan saya bersama tuan-tuan. Semoga saudara sudi terima saya. Isteri, anak, keluarga termasuk ibu mertu dan jentera saya.. saya serahkan untuk perjuangan ini," tambahnya lagi.

    Husam berkata ramai orang yang ditemuinya menyarankannya menyertai AMANAH, termasuk individu yang ditemui di dalam teksi, pasar atau lapangan terbang.

    Dalam ucapannya Husam yang pernah dilihat sebagai pemimpin pelapis di Kelantan selepas Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata ada pihak yang membandingkan kepimpinan PAS dan AMANAH.

    Bagaimanapun kata Husam, dalam kepimpinan merit utama bukanlah tinggi rendah ilmu agama mereka sebaliknya kepintaran bacaan politik serta komitmen, pengorbanan dan "suluhan perjuangan" masing-masing.

    "Mohamad Sabu (presiden AMANAH) pernah masuk penjara. Adakah orang seperti ini tak ada langsung nilai kepimpinan sehingga yang kita besarkan adalah kelulusan agama padahal merit pada kelulusan itu tak ada," katanya.

    Selepas selesai menyampaikan ucapan Husam menyerahkan borang keahliannya kepada Mohamad.

    Pada 6 Mei lalu, PAS mengambil keputusan memecat Husam kerana dikatakan melanggar Perlembagaan PAS, ekoran kritikan lantangnya terhadap parti dan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang terutama berhubung dakwaan kerjasama parti itu dengan Umno.

    Selama 4 bulan beliau hanya membisu berhubung parti yang bakal disertainya, walaupun pernah membantu kempen Amanah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar yang lalu. B

    ekas Exco kanan kerajaan Kelantan itu sekali lagi mempersoalkan keputusan parti lama yang memecatnya hanya kerana memberikan teguran.

    “PAS telah pecat saya dan saudara kena tahu saya tidak pernah minta untuk dipecat… Islam benarkan kita untuk menegur,” katanya.

    Selepas empat bulan 'berlayar' tanpa arah yang jelas, Husam kini menyarung 'jersi' baru kerana berpendapat “berjuang bersendirian ternyata bukan suatu pilihan” untuk bekas mahasiswa Universiti Malaya itu.

    Husam adalah di antara sekumpulan besar kumpulan sederhana yang disingkirkan perwakilan dalam pemilihan PAS di Kuala Selangor pada 2015.

    Beliau merupakan satu-satunya ahli PAS yang memperolehi pencalon untuk tiga jawatan tertinggi PAS di dalam muktamar yang lalu iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Elok pun..masuk pan..orang expired dah xlaku..dikutip oleh pan..sbb pan diterajui oleh sampah2...

      Padam
  5. Ibu kepada enam anak, Halimaton Saadiah Chan Abdullah, 57, berkata, projek kondominium menghampiri sejuta ringgit seunit di sekitar Kerinchi sehingga ke Pantai Dalam seolah-olah hanya mahu menghalau orang Melayu dari kawasan itu.

    “Kita ni megah saja merdeka masuk ke 59 tahun tetapi orang Melayu nampaknya semakin dijajah rumah mewah dan dihambat jauh dari pusat bandar raya.

    “Orang atas makan Musang King. Kita orang bawah ini makan durian busuk sajalah. Pemimpin Melayu sendiri hanya tahu sumbat Melayu dalam sangkar merpati.

    “Anak-anak kami sudah tak mampu lagi memiliki rumah sendiri dekat sini. Apa yang pemimpin Melayu kita buat, tidak tahulah. Boleh pula biarkan saja berekar-ekar tanah dibuat kondo, apartment harga dekat sejuta tapi nanti, siapa isi?

    "Kerajaan macam tiada perancangan untuk orang Melayu tinggal. Sekarang ini, Melayu mampu tengok bukan mampu beli (rumah),” luahnya ketika ditemui Malaysia Dateline, 28 Ogos lalu.

    Sekumpulan kanak-kanak berjalan kaki di Flat Taman Bukit Angkasa. Adakah mereka berpeluang memiliki kediaman sendiri di bandar raya ini?

    Berkenaan kemampuan Melayu memiliki kediaman ditawarkan di kawasan itu, semakan Malaysia Dateline mendapati, masih terdapat 60 unit kediaman kuota Bumiputera belum terjual setakat Mac tahun lalu bagi fasa pertama Pantai Sentral Park iaitu Inwood Residences.

    Harga ditawarkan kepada unit Bumiputera itu pula bermula RM775,718 manakala fasa kedua projek berkenaan, Secoya Residence setinggi 41 tingkat mempunyai 243 unit kediaman dengan keluasan bermula 1,050 hingga 1,670 kaki persegi.

    BalasPadam
  6. Rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaan yang ke-59 dan Hari Malaysia yang ke-53 dalam tempoh lima dan tiga minggu lagi.
    Adakah Najib akan membersihkan nama Malaysia daripada dikaitkan dengan kleptokrasi antarabangsa dalam Mesej Hari Kebangsaan ke-59 dan Hari Malaysia ke-53 beliau serta menjadikan ia subjek utama dalam ucapan kelimanya sebagai Perdana Menteri di Perhimpunan Agung Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu pada bulan hadapan?
    Semasa Najib menjadi Perdana Menteri pada April 2009, beliau menggelar dirinya sebagai ‘Bapa Transformasi’ dengan beberapa siri inisiatif transformasi serta akronim-akronim seperti 1Malaysia, ETP, GTP, NKRA, NKEA, SRI, NEM, BR1M dan KR1M.
    Tetapi perkara terakhir yang rakyat Malaysia mahukan dari Najib adalah mentransformasi negara ke arah kleptokrasi antarabangsa – yang dinyatakan dalam saman sivil oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) bagi membeku aset sebanyak AS$1 bilion akibat daripada kecurian, penyelewengan, dan pengubahan wang haram dari AS$3.5 bilion dana 1MDB.
    Apa yang lebih berat dan memalukan ialah walaupun tindakan DOJ itu adalah ‘tindakan sivil in rem’ untuk pelucutan hak ke atas aset dari wang 1MDB yang diseleweng di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Switzerland, mereka tidak menghalang sebarang tindakan undang-undang jenayah, memandangkan pelucutan hak itu hanyalah langkah pertama untuk mengelakkan pelepasan aset yang telah dinyatakan.
    Disebabkan perbuatan menyeleweng dan mengubah wang haram dalam konspirasi itu merupakan kesalahan jenayah, prosiding jenayah bagi mendakwa mereka yang bertanggungjawab dalam dakwaan penyelewengan dana 1MDB di Amerika Syarikat dan negara-negara lain akan dibuat selepas pelucutan hak ke atas aset.
    Namun, Malaysia tidak boleh menunggu prosiding jenayah dan keputusannya dibuat di Amerika Syarikat, berikutan reputasi dan nama baik Malaysia telah dicemarkan oleh ‘transformasi’ negara ini ke arah kleptokrasi antarabangsa.

    Apa yang lebih buruk lagi, dana 1MDB bukan sahaja merupakan subjek kepada tindakan tunggal terbesar dunia terhadap pengubahan wang haram dan perampasan aset akibat kleptokrasi bernilai berbilion dolar, tetapi ‘pegawai-pegawai awam dan sekutu mereka’ turut dinyatakan kepada umum sebagai pihak yang bersekutu dalam konspirasi antarabangsa dari 2009 hingga 2013.

    Mereka dikaitkan dengan ‘penipuan mengalihkan berbilion dolar dari 1MDB melalui pelbagai cara, termasuk menipu bank asing serta menghantar komunikasi berita asing bagi melaksanakan skim itu, dan selepas itu, untuk mengubah hasil perlakuan jenayah tersebut, termasuk melalui institusi kewangan Amerika Syarikat.’

    Walaupun beberapa ‘pegawai awam’ itu dinyatakan dalam bentuk kod, iaitu ‘Malaysian Official 1’, ‘Pegawai 1MDB 1’, ‘Pegawai 1MDB 2’, dan ‘Pegawai 1MDB 3’, tidak sukar untuk meneka identiti mereka.

    Seperti yang disebut oleh Pengarah Komunikasi Strategik dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas EPU, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, “hanya orang bodoh yang tidak mengetahui siapa orang tersebut” memandangkan ‘Malaysian Official 1’ yang disebut dalam saman DOJ bukanlah satu rahsia lagi. Begitu juga dengan ‘Pegawai 1MDB 1-3’.

    Memandangkan ‘pegawai awam’ yang bertanggungjawab ke atas pengurusan 1MDB kini digelar sebagai sekutu konspirator dalam kecurian, penyelewengan, penyalahgunaan dan pengubahan wang haram melibatkan dana awam, bagaimana mungkin Perdana Menteri, Kabinet dan pegawai-pegawai dalam institusi penyiasatan negara seperti polis, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara, Jabatan Audit Negara serta Parlimen mengambil sikap berlepas tangan serta acuh tidak acuh kepada tindakan oleh DOJ itu sejak 35 hari yang lalu?

    Malah, mereka berkelakuan seperti ‘burung unta dengan kepala di dalam pasir’ dengan mengabaikan ‘transformasi’ Malaysia di mata masyarakat dunia ke arah kleptokrasi antarabangsa.

    Terdapat kesahihan dalam seruan oleh jurucakap kempen #TangkapMO1, Anis Syafiqah Md Yusof – “Seluruh dunia tahu kita dirompak, tetapi mengapa kita masih rileks?”

    BalasPadam
  7. Alahai...2x5 je...barua Dap. Pan lebih dulu jdi baruan Dap. Tulang besi dah brkarat baru tau sebut baruan Dap. Bodoh la...senang cerita

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang betul...kedua2 nya 2x5.

      Padam
  8. Pan marah Azmin jdi barua Dap sbb itu kerja Pan. Marah la ada org ambik tugas depa...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping