Isnin, Ogos 22, 2016

Heh! Herankan? Dikala Si Menteri Besar Selangor ni mendesak pendedah maklumat Rejim pimpinannya agar tidak 'Menjerit' dalam media, dia pun dok buat benda yang hampir serupa.

Jika dilihat sejak akhir - akhir ini, pengasas kumpulan NGO yang Pro PKR tu banyak mendedahkan mengenai penyelewengan kuasa yang dilakukan oleh Rejim Pakatan Selangor.

Malah, Si Chagubard tu juga katanya telah melancarkan 'Booklet' yang mempunyai bukti penyelewengan kuasa Rejim pimpinan Si Menteri Besar Selangor tu berkaitan isu Paya Indah Wetland.

Katanya, booklet yang akan dilancarkan dihadapan pejabat SPRM itu mengandungi hampir 85 peratus bukti terhadap salah laku yang telah dilakukan oleh pihak pentadbiran Rejim Selangor.

Mengulas mengenai tindakan tersebut, Si Menteri Besar Selangor ni mula meroyan tak tentu arah dan mendesak supaya Si Chagubard tu tidak 'Menjerit' dalam media setiap malam.
"Siapa dia? Prinsip saya mudah, mana-mana individu atau pihak yang mendakwa ada bukti, dokumen atau buku, serah lah kepada pihak yang bertanggungjawab. Kenapa menjerit kepada TV3 setiap malam," katanya sambil menyindir bekas pemimpin PKR Rembau itu.
IRONIKnya, Si Menteri Besar Selangor tu sendiri dok 'Menjerit' dalam media membuat desakan. Tapi kenapa dia tak berani nak ambik tindakan yang sewajarnya terhadap Si Chagubard tu?

Jika sebelum ini, Rejim dibawah pimpinan Si Menteri Besar Selangor tu mendakwa, pendedahan yang dibuat oleh Si Chagubard tu adalah palsu dan ianya hanya sekadar fitnah semata - mata.

Tapi kenapa sampai hari ini Rejim yang dipimpin oleh Si Menteri Besar Selangor tu tak berani nak ambik tindakan undang - undang dan mengheret Si Chagubard tu ke mahkamah? Kalau setakat 'Menjerit' dalam media je, apa faedahnya!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Samalah macam MO1...masing2 menyimpan pekung. Kalau masuh mahkamah terburai pulak segala tokak yg tersembunyi. Bontot periuk dan kuali tak ada bezanya pun...dua2 hitam!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping