Isnin, Ogos 08, 2016

Nak tuntut Pilihan Raya 'Bersih dan Adil' kononnya. Tapi pemilihan parti sendiri pun huru hara. Sampai ada yang pecah kepala dengan kerusi bagai. Itu pun diorang nak berlagak lagi?

Bekas kepimpinan tertinggi PKR, Mustaffa Kamil Ayub menyifatkan kelemahan kepimpinan parti yang sering diperkatakan berpunca daripada cara mengendalikan pemilihan pada sejak tahun 2010.

Tegas beliau sebelum tahun 2010, hanya perwakilan dibenarkan untuk mengundi, namun sistem itu berubah selepas PKR memberi kelayakan kepada semua ahlinya untuk mengundi, sekali gus mencetuskan masalah ketelusan serta kekangan lain. 
"Yang menjurus kepada keadaan ini (kepimpinan lemah) sebahagiannya disumbangkan daripada pemilihan parti 2010 dan 2014. Ada perbezaan pemilihan 2010-2014 dengan yang sebelum ini, pemilihan sebelum-sebelumnya bersifat perwakilan. 
"Namun bermula 2010 pemilihan PKR bersifat 'one members, one vote. Bila PKR ada 500,000 keahlian, bermakna semua ini layak untuk mengundi. Pemilihan itu berlaku dari jawatan presiden sehingga pemeriksa kira-kira," katanya ketika ditemubual Antarapos.
Beliau tidak mempertikaikan sistem yang dilaksanakan tetapi berkata PKR tidak mampu untuk mengawal ketelusan pemilihan akibat "Permainan Politik" pihak - pihak yang tertentu. 

Katanya jika sebelum 2010 proses pemilihan itu dapat diselesaikan dalam masa yang singkat tetapi sistem baru yang dilaksanakan ini memakan masa tujuh hingga lapan bulan, justeru mewujudkan banyak pertikaian daripada pihak yang kalah.
"Itu (pemilihan) selalu menjadi pertikaian beberapa pihak, mana yang menang tu tak akan pertikaikanlah. Yang tak menang tu pasti akan melihat sudut-sudut mana yang boleh serang terhadap pelaksanaan terhadap proses tersebut.   
"Sebagai contoh pemilihan berlangsung pada April tapi hanya berakhir pada November, (ambil masa) tujuh bulan akibat pertikaian itu ini, kena undi semula seumpamanya," ujar beliau.
Katanya, akibat daripada perkara itu PKR gagal menyatu - padukan ahlinya diantara kumpulan yang menang dan yang kalah, sehingga kini rasa tidak puas hati itu tidak diatasi. 
"Proses penyatuan semula antara ahli PKR itu tidak terlalu mudah selepas pemilihan, pandangan saya hampir tidak ada yang mahu melakukannya dan ia terbiar begitu. Bila demikian parti mula berpecah," katanya kecewa.
Dalam erti kata mudahnya, kepincangan dan kemelut yang melanda PKR hari ini adalah hasil daripada kelemahan mereka mengadakan pemilihan peringkat parti. Itu membuktikan pimpinan PKR ni jenis manusia yang tak sedar diri bila diorang kritik SPR menjalankan Pilihan Raya!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping