Khamis, Ogos 18, 2016

"Belum cukup 'Baligh', PAN perlu dibubarkan". Demikian kesimpulan mudah yang dapat dibuat mengenai perkembangan kemelut terkini yang sedang melanda Pakatan Haprak tu.

Status kedudukan parti KUALI Si Mat Sabu tu kini sudah menjadi diantara isu yang paling hangat diperkatakan dikalangan pengamal media sosial sejak pendedahan yang dibuat baru - baru ini.

Desas desus mengatakan ada pihak yang mula mendesak agar parti serpihan PAS itu dibubarkan kerana didakwa tidak mendatangkan sebarang faedah kepada gabungan Pakatan.

Menurut sumber, desakan itu timbul sewaktu pertemuan sulit yang telah diadakan baru - baru ini yang membincangkan hala tuju Pakatan menjelang Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Antara lain, keputusan yang dicapai melalui pertemuan tersebut menyatakan bahawa PAN perlu dibubarkan dan mereka hanya diberikan beberapa kerusi 'ehsan' dari DAPigs dalam PRU nanti.

Sumber itu menyatakan, perkara itu wajar diambil dengan alasan PAN kurang menonjol dan tidak mendapat sambutan yang diharapkan serta tidak disukai oleh kebanyakkan rakyat.

Malah, sumber itu juga turut mendedahkan bahawa PKR serta DAPigs yakin PAN tidak akan mendapat sokongan dan jika mereka bertanding, parti itu hanya akan merugikan Pakatan.

Bagi sesetengah pihak pula, desakan membubarkan PAN itu merupakan satu langkah untuk memberi laluan mudah kepada parti yang bakal ditubuhkan oleh bekas pemimpin UMNO kelak.

Kata mereka, sekiranya PAN tetap berdegil mahu kekal menjadi sebuah parti Politik, mereka bukan hanya perlu bersaing dengan PAS dan UMNO. Tetapi terpaksa berdepan dengan PPBM.

Seandainya perkara itu berlaku, maka memang benar la seperti yang didedahkan dimana Pakatan Haprak tu akan mengalami kerugian besar dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Walaubagaimana pun, desakan yang dibuat melalui pertemuan sulit itu tidak dipersetujui oleh pemimpin PAN yang merasa diri mereka seperti telah "di-ANAKTIRI-kan" oleh PKR dan DAPigs.

Namun, jika benar pendedahan yang dibuat, memang malang la nasib PAN. Tak sampai dua tahun ditubuhkan, dah dipaksa untuk bubar demi menjaga kepentingan Politik Peribadi orang lain. Buat penat je la diorang selama hari ini jadi 'Barua Ternakan DAPigs'!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Bagi tau Mat Sabtu buat anak lebih Mudah dari buat Parti...

    BalasPadam
  2. Ma.....ma... Mat Sabu akan bersedih lgi. Jangan baling mic sudah la...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping