Di samping hitam putih yang menjadi warna rasmi perhimpunan haram #Tangkap MO1, juga kelihatan bendera pelangi melambangkan perjuangan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dikibar megah.
Ia sekali gus menggambarkan kumpulan yang mengamalkan amalan dikutuk oleh Allah SWT ketika era Nabi Luth dan dilaknat Nabi Muhammad SAW turut menyokong perjuangan penganjur #Tangkap MO1 menentang kerajaan Malaysia yang diketahui anti-LGBT.
Perkara itu turut dilaporkan portal berita propembangkang dengan memaparkan cerita beberapa peserta yang bangga dapat mengibarkan bendera kemegahan golongan LGBT tersebut sewaktu berarak di pusat bandar raya memberi sokongan kepada kempen #Tangkap MO1.
Seorang wanita dikenali sebagai Ng Xiang Yi yang memegang bendera itu memberitahu Malaysiakini bahawa beliau menyokong himpunan tanpa permit pihak berkuasa itu tetapi pada masa sama berharap agar isu kesamarataan gender juga dapat diberi perhatian oleh penganjur.
“Kita harap lebih ramai orang bersuara (dalam isu gender),” katanya yang secara tidak langsung memberi gambaran demonstrasi haram itu perlu memasukkan sekali agenda perjuangan terkutuk LGBT jika berhasrat menganjurkan perhimpunan sama sekali lagi pada masa depan.
Kumpulan LGBT pernah muncul memeriahkan demonstrasi jalanan Bersih 4.0 tahun lalu selain peserta gerakan murtad dan Muslim Liberal Pluralisme sehingga dikecam umat Islam kerana dianggap mahu menjadikan Malaysia mengiktiraf hak asasi songsang Barat.
Dalam pada itu di sebalik kehadiran lebih 500 anggota polis berkawal di sekitar Dataran Merdeka demi menjaga keamanan sepanjang himpunan #TangkapMO1 berlangsung di Kuala Lumpur, masih juga berlaku kekecohan tetapi lucunya melibatkan peserta terlibat sendiri.
Portal antikerajaan melaporkan pergaduhan ala aksi filem Tamil terkenal Kabali lakonan aktor Rajinikanth itu meletus sesama mereka apabila kumpulan mahasiswa yang propembangkang dan sayap Angkatan Muda Keadilan PKR tidak berpuas hati antara satu sama lain.
Insiden itu menjadi lebih kecoh apabila keadaan di antara Jalan Tun Perak dan Jalan Raja Laut sesak dengan orang ramai serta kenderaan yang membawa beberapa pimpinan pelajar sehingga menjadi ‘bahan jenaka’ netizen kerana penyokong pembangkang pun tidak bersatu.
Yang datang budak2 sekolah. Mana penyokong Pribumi yang gah? Hancuurr....
BalasPadamAlah...parti tu takkan ke mana klu penubuhannya sekadar utk kpntingan peribadi trtentu.
BalasPadam