Isnin, Ogos 29, 2016

Heh! Kalau menengokkan gayanya, bukan main bersemangat lagi budak - budak lulusan Sekolah Demokrasi DAPigs ni nak buat perhimpunan. Tapi malangnya tak dapat sambutan.

Dengar ceritanya, selepas habis perhimpunan yang diadakan hari sabtu yang lepas, budak - budak penganjur yang buat perhimpunan tu dah kena marah dengan beberapa orang pemimpin Pakatan.

Puas la budak - budak penganjur tu beri penjelasan, namun takde satu pun alasan tersebut diterima oleh pemimpin Pakatan tersebut. Malah sebaliknya, mereka pulak yang dipersalahkan.

Menurut laporan yang diterima, pemimpin Pakatan tu marah kepada budak - budak yang anjurkan perhimpunan tersebut kerana ianya memberi kesan buruk kepada gerakan yang sedang direncanakan.

Katanya, ke-GAGAL-an menarik sokongan dari kalangan Mahasiswa ini akan membantutkan hasrat mereka untuk mengadakan Perhimpunan Bershit dalam masa terdekat.
Bahkan ada juga yang turut melabelkan usaha budak - budak tu sebagai satu tindakan bodoh dan memalukan kerana mereka hanya mampu mengumpul peserta kurang dari seribu orang.

Dari laporan media yang disiarkan semalam, hanya beberapa orang pemimpin Pakatan sahaja yang kelihatan turut serta dalam perhimpunan tu dengan alasan untuk 'memantau keadaan'.

Diantara pemimpin yang kelihatan ialah Khalid Samad, Tony Pua dan Nik Nazmi yang mewakili parti masing - masing, selain daripada Raja Kamarul Bahrin dan Hasnol Baharuddin.

Malah khabar kata Tun Mahathir akan turut serta dalam perhimpunan tersebut jugak di-BATAL-kan atas alasan ianya tidak mendapat sambutan. "Tak berbaloi Tun nak turun," kata mereka.

Dalam erti kata lainnya, tak pasal - pasal je budak - budak yang mengatur perhimpunan Sabtu lepas dijadikan sebagai 'Kambing Hitam' diatas ke-GAGAL-an puak Pakatan ni menghasut rakyat untuk menggulingkan Kerajaan Barisan Nasional!!!
Categories:

4 ulasan:

  1. Ni ada orang hantar: Menyusuri kembali peristiwa yang berlaku pada 24 Ogos 2014
    *MENYUSURI KEMBALI PERISTIWA YANG BERLAKU PADA 24 OGOS 2014*

    KRONOLOGI MUSTAFA ALI

    ●17hb Ogos 2014

    ■10 pagi. Mesyuarat JKPP bersetuju
    1. DS Wan Azizah
    2. Azmin

    ■4 petang. Majlis Pimpinan PR bersetuju selepas Azmin menarik diri:
    1. DS Wan Azizah kekal.

    2. Pimpinan juga bersetuju 3 peguam dari ketiga-tiga parti membuat surat untuk menyatakan sokongan kepada Wan Azizah sebagai MB untuk di hantar kepada Sultan Selangor.

     ●22hb Ogos 2014.

    ☆Mustafa Ali (U Turn) enggan menandatangani surat yg di buat Peguam ke tiga-tiga parti.

    ☆Malangnya telah berlaku perjumpaan Presiden PAS TG Hj Hadi dengan Timbalan Presiden PKR Azmin untuk memujuk Azmin bersetuju membentuk Kerajaan Perpaduan:

    PAS (13) + TSKI + AZMIN + 3 Orang PKR Lompat = 18 Orang

    Baki Yang seterusnya datang dari mana..?

    Telah wujud pakatan di dalam kelam iaitu tambahan dari BN(12)

    JUMLAH KESELURUHAN
    18 + 12 = 30

    Pakatan Kerajaan Perpaduan di yakini dapat di bentuk bersama-sama dengan Azmin.

    1. Azmin di berikan masa menanti selama 6 bulan untuk TSKI menghabiskan tempoh pemerintahan sebagai MB di Selangor.

    2. Azmin akan mengambil alih selepas 6 bulan sebagai MB Selangor.

    3.  Azmin yang mempunyai sentimen peribadi dengan TSKI akhirnya memaklumkan kepada Pimpinan PKR pertemuan beliau dengan TG Hj Hadi. *RAHSIA TERBONGKAR*.

    4. Mesyuarat JKPP di cipta khas pada 25 Ogos 2014, Isnin untuk sekali membuat U TURN keatas perjanjian yang telah di buat.

    5. Segala perancangan ini di atur oleh Mustafa Ali.

    *PERSOLAN WALA'. KEPADA SIAPA SEBENARNYA WALA'..?*

    Ketua dan yang mengetuai misi ini ialah:
    1. Mustafa Ali. (Ketua Perancang)
    2. TG Hj Hadi. (Pengikut Rancangan)
    3. Dr Samsuri SETPOL Presiden (Pengikut Rancangan)

    A. Sedarkah ahli-ahli PAS dan PIMPINAN PAS yang sebenar-benar mengatur rancangan ialah Mustafa Ali.

    Setiausaha Agung PAS yang bukannya Ulama. Beliau telah mempergunakan Presiden sebagai mencatur bagi kerja politik ini.

    B. Beliau ialah Bekas Ketua Pemuda PAS 1978 yang pernah mengemudikan Pemuda bersama TG Hj Hadi yang pada ketika itu AJK beliau. TG Hadi masih mengguna pakai Mustafa Ali sebagai orang yang pernah menjadi Ketua beliau suatu ketika dahulu.

    C. Presiden hanya mengikut cakap Mustafa Ali sehinggakan beberapa kes yang telah di kenal pasti.

    i). Pemerintahan PAS Terengganu. Kesemuanya di lakukan oleh Mustafa Ali sehinggakan Terengganu terlepas ketangan BN 2004.

    Pencaturan politik Mustafa Ali menguasai keadaaan. Bukan TG Hj Hadi yang menjadi Menteri Besar tetapi Mustafa Ali yang mengawal pentadbiran.

    ii). Pencaturan politik Perak juga berlaku sehingga Kerajaan Perak tumbang di tangan BN

    iii). Tanyalah kepada orang-orang yang terlibat di dalam kemelut di Kedah. Siapakah yang terlibat di peringkat pusat sehinggakan kemelut Kedah gagal di tandatangani? Mustafa Ali juga sebagai pencatur sehingga kecundang kerajaan PAS Kedah.

    iv). Kes Selangor selaku isu terkini. Mustafa Ali kini cuba menjuarai politik PAS dengan membuat percaturan keatas Presiden PAS sehinggakan politik Selangor menjadi kelam kabut.

    D. Perlukah kita wala' kepada pencatur politik buat Presiden yang di belakangnya Mustafa Ali selaku penyusun bidak-bidak catur.

    E. Ahli dan Penyokong PAS harus sedar hakikat politik dalaman PAS pada ketika ini. Kelicikan Mustafa Ali mesti di hentikan.

    F. Semenjak Tahun 1978~ 2014 (36 Tahun). Mustafa Ali masih kekal bergayut sebagai Dewan Harian tanpa gagal.

    G. Pengarah Pilihanraya PAS Pusat di tubuhkan hanya untuk memasukkan Mustafa Ali sebagai Ahli Dewan Harian. Bukankah kuat pegangan politik beliau di dalam PAS Pusat..?

    H. Politik beliau sentiasa segar (Ever Green) kebelakangan ini apabila mempergunakan Presiden untuk sebarang percaturan.

    I. Politik Mustafa Ali seperti juga politik Marwan Al Hakam. Sentiasa kekal berselindung sepanjang zaman.

    BalasPadam
  2. SIAPAKAH MARWAN AL HAKAM....??

    1. Pernah di lantik sebagai Gabenor Madinah zaman pemerintahan Saidina Ustman Al Affan.

    2. Pencatur politik zaman Saidina Ustman sehingga berlaku kekalutan politik pada ketika itu yang akhirnya berakhir dengan kematian Khalifah.

    3. Di antara pencatur yang terlibat sehingga tercetusnya Peperangan Jamal.

    4. Pencaturan politiknya yang sentiasa di lihat Ever Green berjaya mengambil alih Tanpuk Pemerintahan Kerajaan Khalifah Bani Umaiyah 623H~685H.

    5. Jawatan Khalifah akhirnya berjaya di serahkan kepada anaknya iaitu Abdul Malik Bin Marwan.

    6. Politik Marwan yang licik telah menyebabkan beliau mampu bertahan dari zaman Saidina Ustman Al Affan menjadi khalifah sehinggalah beliau sendiri menguasai tampuk pemerintahan Khalifah Kerajaan Bani Umaiyah. Puluhan tahun menjadi pencatur politik sehingga meletakkan beliau di atas singgah sana.

    KESIMPULAN :

    Poiltik Mustafa Ali harus di hentikan serta merta jika ingin melihat Pakatan Rakyat berjaya mengemudikan perjalanan ke Putra Jaya.

    Pakatan Rakyat yang berkecamuk pada ketika ini ialah hasil usaha Mustafa Ali yang telah mempergunakan Presiden PAS demi survival politiknya.

    ~ Nie Feng

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pakatan tak payahlah pergi ke Puterajaya. Ia akan hanya memberi kesan negatif kepada negara dan rakyat. Segala peraturan dan kepentingan rakyat akan jadi topsy turvy. Semuga Allah jauhkan Pakatan dari Puterajaya ini.

      Padam
  3. Bnyk yg diolah semula tu. Kronologi begini blh saja direka. Tak habis2 nak lemahkan pas. Org tau apa sebenarnya brlaku.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping