Perkembangan Politik mutakhir ini menunjukkan PKR seolah - olah masih melihat PAS sebagai satu kuasa penting yang berupaya menentukan untung nasib parti itu di masa depan (PRU-14).
Bagaimanapun, pendirian PKR ini tidak menyeluruh dan hanya melibatkan pimpinan tertentu parti itu sahaja dan masih berpaksi kepada kepemimpinan ikonik dari Si Ketua Penipu tu.
Adakah idea PAS-Ikatan Gagasan Sejahtera (PIGS) ini sesuatu yang memberikan impak besar kepada keadaan Politik Malaysia sehingga ianya mencemaskan sesetengah pemimpin PKR?
Sedangkan dalam masa yang sama, PKR secara praktiknya sudah menjadi sebahagian daripada komponen Politik dalam Pakatan yang dianggotai oleh DAP dan PAN yang saling mengiktiraf.
Secara jujurnya, pakej politik yang cuba ditawarkan PKR kepada PAS ini bukan berdasarkan kepada survival parti itu di masa depan, tetapi hanya sekadar satu percaturan jangka pendek.
PKR hanya percaya, pertembungan 'Satu Lawan Satu' dengan Barisan Nasional perlu dihadapi menjelang PRU ke 14 yang akan datang bagi memastikan kemenangan menjadi milik mereka.
Hakikatnya PAS dan Blok Ketiga bukan suatu pilihan yang dapat memberikan jaminan mutlak kepada masa depan yang wajar kepada PKR berdasarkan kepada kemampuan parti itu.
Sebagai sebuah parti yang bersifat 'Urban', pergantungan PKR terhadap pengundi yang bersifat 'Individualis', penyokong parti itu melihat untung nasib mereka sebagai 'Konsumer Politik'.
Keadaan itu jelas tidak memungkinkan PKR boleh meneruskan survivalnya dalam arus Politik semasa bersama Blok Ketiga, apatah lagi jika terus berada bersama - sama dengan PAS.
Pokok pangkalnya, amalan Politik yang menjadi kebiasaan bagi PKR tidak sesuai digabungkan dengan PAS dan membuktikan bahawa parti itu hanya sekadar mempergunakan PAS untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri!!!
PAS di Selangor macam tak berfungsi dan hanya jadi pak turut.
BalasPadam