Isnin, Ogos 29, 2016

Memang pelik juga dengan tindakan yang dilakukan oleh DOJ ni. Hari tu sibuk sangat nak saman orang. Tapi sekarang kenapa diorang tiba - tiba mendiamkan diri tanpa sebarang tindakan?

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) yang mengenakan saman sivilnya terhadap 1MDB perlu tampil dengan penjelasan mengenai kesahihan dakwaan mereka yang sepatutnya memanggil individu berkaitan pada 22 Ogos lalu.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan hari ini, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim berkata, namun sehingga ke hari ini, perkara itu masih sepi tanpa makluman daripada pihak DOJ.
"Isu 1MDB digemburkan dengan lebih dasyat lagi apabila ada pihak yang 'menangguk di air keruh' hanya untuk mengambil kesempatan. Bahkan juga, media asing turut menghentam kita secara terang-terangan.
"Kita tidak seperti negara lain di mana rakyatnya akan sedaya upaya menangkis tohmahan luar setidaknya mendesak pihak kedutaan untuk memberi penjelasan.
"Jika dakwaan yang dikeluarkan oleh DOJ adalah boleh diguna pakai, kenapa media seperti The Wall Street Journal  (WSJ) dan Telegraph tidak pernah sesekali menggunakan sumber dari DOJ kononnya menggunakan sumber sendiri yang boleh dipercayai," katanya dalam satu kenyataan.
Oleh itu, katanya kini timbul persoalan apakah Jabatan Kehakiman Amerika itu sebenarnya tidak mempunyai sumber sahih yang boleh dipercayai sepertimana yang didakwa sebelum ini?
"Segala dakwaan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh DOJ haruslah ada tindakan susulan, namun apa yang saya lihat, DOJ seolah-olah tidak serius mengenai hal ini.
"Kenyataan yang mereka keluarkan tidak bersifat profesional apabila mereka tidak menamakan kepada siapa aset yang ini dikembalikan. Sejujurnya saya boleh katakan ini adalah ketidakadilan DOJ dan hanya mahu membuli negara kita," katanya.
Katanya lagi, harapannya agar rakyat Malaysia tidak  bersekongkol dengan pihak asing yang sedaya upaya cuba mengambil kesempatan untuk mencampuri urusan dalaman negara kita.
"Ambillah iktibar kemerdekaan bersempena hari kemerdekaan yang ke -59. Porak peranda dan dakyah orang asing hanya mahu menjatuhkan negara kita yang sememangnya lebih makmur tanpa campur tangan asing," katanya.
Yang menjadi persoalan utamanya sekarang, kenapa DOJ seolah - olah mendiamkan diri selepas membuat tuduhan secara terbuka? Kan nampak sangat wayang yang cuba dimainkan hanya semata - mata untuk memburukkan nama baik Kerajaan Malaysia!!!
Categories:

2 ulasan:

  1. DOJ pemakan rasuah Mahadir ? Siapa raja rasuah sebenar ni? SPRM patut tangkap orang ini.

    BalasPadam
  2. Depa ingat bila depa dapat guna barua2 depa untuk bergerak serentak nak jatuhkan kerajaan depa dah hebat. Sesungguhnya depa lupa dalam banyak perkara Allah swt sentiasa menyebelahi orang yang benar.

    Apa yang disemai pasti itulah yang akan dituai.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping