Bila berlaku keadaan macam ni, mula la diorang kata ianya taktik Politik pihak lawan mahu menjatuhkan maruah pemimpin mereka. Tapi soalnya, jika ianya tak benar, kenapa takut buat laporan?
Penyebaran video perbualan didakwa melibatkan bapa Ketua Wanita DAP Pulau Pinang, Lim Siew Khim dan seorang pembeli untuk mendapatkan sebuah rumah kos rendah perlu disiasat segera memandangkan isu ini melibatkan kepentingan rakyat berpendapatan rendah.
Walaupun Khim telah menafikan penglibatannya secara langsung dan tidak mengetahui mengenai tindakan bapanya itu, tetapi dia mengesahkan bahawa individu yang berada dalam video terbabit adalah bapanya.
Malah ADUP DAP Sungai Pinang itu sekadar membuat penafian penglibatan bapanya melalui media dan tidak bertindak membuat laporan polis agar siasatan menyeluruh boleh dijalankan.
Video itu didakwa direkodkan pada tahun lalu dan bapa Khim dilihat bersama seorang “orang tengah” melayan satu aduan daripada seorang lelaki yang dipercayai telah membuat bayaran namun tidak mendapat rumah seperti dikehendaki.
Ini yg buat Pan tak senang duduk ni. Jngn baling mic sudah la.....
BalasPadam