Isnin, Ogos 15, 2016

Pulau Pinang mungkin akan kehilangan status Tapak Warisan Dunia Unesco akibat gangguan Pelan Induk Pengangkutan Negeri Pulau Pinang, dakwa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Penang Forum.

"Penang Forum telah menghantar 15 helai surat kepada Pusat Warisan Dunia Unesco di Paris, menonjolkan projek yang mungkin memberi kesan negatif kepada nilai sejagat dan sifat-sifat warisan dunia yang terkumpul di George Town.

"Surat itu, bertarikh 23 Jun dan ditandatangani oleh seorang ahli Penang Forum, Dr Lim Mah Hui, mengandungi gambar-gambar dan peta di bawah subjek 'Tapak Warisan Dunia Melaka dan George Town: Permintaan Misi Penasihat Unesco dan Penilaian Kesan Cadangan Pelan Induk Pengangkutan Negeri Pulau Pinang," kata Pengurus Besar George Town World Heritage Incorporated (GTWHI)  Dr Ang Ming Chee.

Dr Ang berkata walaupun surat itu disertakan dengan kenyataan, andaian dan cadangan, Dr Lim gagal memetik rujukan yang betul dan sumber bagi dakwaan beliau.

"Jika kita telah dimaklumkan lebih awal mengenai perkara ini, saya mungkin dapat membentangkan laporan itu kepada pusat ketika menghadiri persidangan Unesco di Istanbul, Turki, baru-baru ini," katanya.

Dr Ang berkata kehilangan status Unesco akan menjadi satu proses yang panjang, dengan pelbagai mesyuarat dan laporan mengenai sebab-sebab yang boleh menggugat kriterianya.

"Surat itu juga menunjukkan bahawa struktur dan peninggalan sejarah telah ditemui di tapak arkeologi Sia Boey.

"Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk membuat sebarang andaian kerana laporan dan kerja-kerja berkaitan pelan pengangkutan dan tapak arkeologi masih berjalan," katanya.

Ketika dihubungi semalam, Dr Lim, yang juga ahli majlis bandar raya berkata beliau akan mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu tidak lama lagi.

Penang Forum adalah gabungan NGO dan kumpulan yang mempunyai kepentingan awam bagi demokrasi, pembangunan mampan, pengangkutan, warisan dan kesedaran alam sekitar di Pulau Pinang.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping