Isnin, Ogos 15, 2016

PAS mengambil pendirian untuk tidak mencampuri tindakan PKR mengemukakan saman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung laporan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikeluarkan dalam laporan Ketua Audit Negara, Mac lalu.

Menurut Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tindakan itu adalah hak PKR sebagai parti politik pembangkang yang mendokong prinsip demokarasi di negara ini.
"Malaysia adalah negara demokrasi, negara yang bebas. Itu hak masing-masing (untuk PKR kemuka saman terhadap Najib berhubung laporan 1MDB)," katanya selepas selesai menghadiri Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana Senario Politik Timur Tengah Pasca Cubaan Rampasan Kuasa Tukri di ibu negara malam tadi.
Timbalan Presiden PKR itu katanya akan mengemukakan saman terhadap Najib bagi mendesak mahkamah campur tangan berhubung siasatan laporan Ketua Audit Negara terhadap 1MDB yang masih lagi menjadi akta rahsia rasmi kerajaan (OSA).

Menurut maklumat pegawai khasnya, Azmin dilaporkan akan mengemukakan saman berkenaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur jam 2 petang nanti dengan diwakili Ketua Biro Hal Ehwal Guaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) Latheefa Koya.

Difahamkan, Azmin berbuat demikian bagi mendapatkan perintah mahkamah agar kerajaan mendedahkan laporan berkenaan kepada umum untuk rakyat menilai dan membuat pertimbangan sewajarnya mengenai skandal 1MDB.

Laman web Sarawak Report pada 7 Julai lalu menerbitkan beberapa kandungan yang didakwa sebagai laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB walaupun dokumen berkenaan masih diklasifikasikan sebagai sulit di bawah OSA.

Sebelum ini ahli-ahli PAC yang mewakili pihak pembangkang kesal dengan tindakan Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin yang menyerahkan mandat untuk mendeklasifikasi laporan Ketua Audit Negara berhubung 1MDB kepada pihak eksekutif.

Mereka menyifatkan pendirian Hasan itu berbeza dengan permintaan Ketua Audit Negara dan kenyataan media yang dikeluarkan Hasan pada 7 Mac lalu bahawa laporan audit itu hanya perlu dirahsiakan sehingga pembentangan laporan PAC.
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping