Selasa, Ogos 16, 2016

Heh! Ramai yang tak terkejut dengan tindakan 'Patriotik' yang nak diambil oleh Si Husam Musa ni sebenarnya. Sebab selama hari ni pun dia hanya setakat pandai 'Sembang Kosong' je.

Maka bila Si Husam tu mendakwa kononnya dia nak memfailkan saman terhadap syarikat Red Granite atas tuduhan yang dicipta oleh DOJ sebelum ini, ramai yang hanya tersenyum sinis.

Ada yang secara sinis berkata, "Bagus la kalau Si Husam tu nak ambik tindakan tersebut. Tapi jangan la ianya berakhir seperti projek - projek 'Mega' dia yang lain yang tinggal 'Batu Asas' je".

Itu hakikatnya dengan Si Husam ni. Kalau bercakap memang dia nak nampak yang dia 'Gah'. Tapi bila tiba bab perlaksanaan, semua benda tak mampu nak dilaksanakan dengan baik.

Setakat bercakap, suruh budak sekolah tadika pun boleh. Budak tadika pun pandai cakap nak buat Keretapi Terlaju di Kelantan yang mengambil masa sejam dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu.

Budak sekolah tadika pun boleh cakap nak buat Lebuhraya dengan 4 lorong tanpa tol dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu yang penyudahnya pihak Kerajaan Barisan Nasional juga kena laksana.

Tapi yang kelakarnya, ada juga orang yang bijak pandai boleh terpengaruh dengan 'Sembang Kosong' Si Husam ni. Nak pulak bagi seorang wartawan veteran yang dah berusia separuh abad.

Secara tidak lansung, nampak sangat Si Wartawan Tua tu dah terlampau nyanyuk dengan sikap kebenciannya terhadap pihak Kerajaan dan menyatakan sokongan secara membuta tuli.

Punya 'Ghairahnya' Si Wartawan Tua dengan kenyataan Si Husam sehingga menyebabkan dia melabelkan Bekas Ahli PAS itu sebagai seorang yang 'Patriotik', 'Wira Rakyat' dan sebagainya.

Padahal, apa yang cuba dilakukan oleh Si Husam tu masih belum berlaku lagi. Sama la macam cadangan dia nak buat keretapi laju di Kelantan sebelum ni. Sampai ke sudah, habuk pun tarak!!!

Tinggal lagi, kalau betul Si Husam tu nak ambik tindakan dan memfailkan saman terhadap syarikat mana sekali pun, sila pastikan yang dia tidak hanya sekadar bercakap semata - mata. Kalau nak ambik tindakan, buat betul - betul. Jangan sembang je lebih!!!
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Kebanyakan mereka dalam PH dan geng ANC ni teruk2 belaka.

    BalasPadam
  2. HUSE MUSE IDOP DALEY DUNIA KHAYALAN YG TERSENDIRI.MUNGKIA TERPENGAROH DENGAN AJARAN OYOH PIN KETUA KERAJAAN LANGIT.

    BalasPadam
  3. kalau tak saman lagi macam pukimak

    BalasPadam
  4. Husam dgn projek gagal mcm tak dpt dipisahkan. Bab cakap mmg sedap. Setakat nak sembang boleh la.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping