Rabu, Ogos 31, 2016

Bekas Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard menganggap 'misteri' pemecatannya daripada PKR sama seperti kisah P. Ramlee dalam Nasib Do Re Mi.

Ujarnya, sehingga kini beliau masih belum dapat merungkai misteri itu sejak menerima panggilan telefon dan emel daripada Ibu Pejabat PKR, awal pagi, 26 Ogos lalu.
"Hari saya muncul di SPRM, pagi itu, sekitar jam 10.04 pagi, saya dapat panggilan daripada Ibu Pejabat PKR. Saya angkatlah. Dia (staf Ibu Pejabat PKR) kata, Chagubard, saya dah emel dan pos laju kepada Chagubard. Saya tanya apa dia? Dia kata surat pemecatan, yang baru pagi ini siap.
"Saya suruh kawan-kawan saya tanya dimana YB Rafizi (Setiausaha Agung PKR) berada ketika itu. Dia berada di Utara tanah air. Kawan-kawan saya telefon dia dan tanya dia tahu atau tidak akan kewujudan surat (surat pemecatan) itu. Maknanya tandatangan Rafizi palsu. 
"Kak Wan (Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) respon, keputusan (pemecatan Chegubard) belum dicapai. Jadi persoalan dia sekarang ini, apa dia? Dah jadi macam cerita P. Ramli. Do ke Minah mati dulu? Bukan kata orang ramai, saya sendiri keliru, saya dah dipecat ke belum?," soal Chegubard ketika ditemubual secara eksklusif oleh Antarapos.
Kontroversi pemecatan Chegubard bermula selepas Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu nekad membawa isu pengezonan semula kawasan zon hijau, Paya Indah Wetlands kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), 26 Ogos lalu.

Chegubard mendakwa sehari sebelum beliau melaporkan isu tersebut kepada SPRM, beliau dihubungi seseorang dalam parti dan ditawarkan imbuhan agar tidak meneruskan rancangannya itu.

Chegubard berkata, beliau menyerahkan kepada parti untuk menyelesaikan status keahliannya dalam PKR dan menegaskan, tumpuannya kini adalah berjuang untuk isu pendedahan Paya Indah Wetlands itu.
"Kamu (parti PKR) bincanglah. Bagi saya, selain daripada uruskan hidup seharian dan keluarga saya, tumpuan saya adalah pasa isu (penukaran status lot tanah) 68054. 
"Yang pasti saya akan berulang alik daripada SPRM dan saya akan pastikan kes ini akan jumpa jalan penyelesaian dan tanah ini selamat daripada kerakusan kapitalis," ujarnya.
Chegubard sebelum ini mendedahkan apa yang didakwanya sebagai salah guna kuasa membabitkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali serta barisan Exconya dalam urusan menukar status lot tanah 68054 yang terletak dalam kawasan Paya Indah Wetlands.
Categories: ,

5 ulasan:

  1. http://mountdweller88.blogspot.my/2016/08/penyertaan-husam-dalam-amanah-ini.html?m=1

    BalasPadam
  2. Apa jadi fitnah derma 90 juta..senyap jer..bila nak saman..dah ikut stail najb jugak..

    BalasPadam
  3. Macam bagus pulak Cikgu Bad ini. Tapi rasuah DAP dan grup Kak Wan bila nak dedahkan? Atau pendedahan secara berpilih sahaja? Kalau orang ada prinsip, tak kira siapa, parti mana semua dedahkan jika ada salah laku rasuah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dlm pkr berlainan kem pun mesti berperang...spisis bebal mmg mcm tu..

      Padam
  4. Dah makin retak dn kalut dlm pkr. Lepas ni giliran Pan plk bercakaran sbb bibit pergelutan dah mula nampak...Dap tukang tepuk tangan sbb blh jdi abg besar dlm ph. Hujungnya ph berkecai jua. Sama sama saksikan episod ini selanjutnya.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping