Selasa, Ogos 30, 2016

Heh! Takde apa yang perlu diherankan sangat apabila ada pemimpin parti Ternakan DAPigs ni memberikan pujian dan sokongan secara terbuka kepada seorang Mufti yang Pro Pakatan.

Hakikatnya, kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi PAN Terengganu ni hanya salah satu daripada taktik nak memburukkan imej PAS dengan menyindir parti itu secara terang - terangan.

Dalam kenyataan yang dibuat, Pengerusi PAN Terengganu ni kata, agamawan perlu menjalankan tugas menyuarakan ketidak-adilan yang sedang berlaku dalam Negara pada ketika ini.

Dia mempersoalkan, jika perkara seperti isu membenteras rasuah mendapat sokongan dikalangan anak muda Mahasiswa, kenapa pulak golongan agamawan ni perlu bersara dari bersuara?
“Yang berani bersuara seperti Datuk Asri diserang semalam oleh setiausaha veteran Umno Datuk Mustafa Yacob, yang ingin beliau dihentikan perkhidmatan sebagai mufti. Yang celik dua belah mata seperti Asri hendak dihentikan khidmat. Inilah situasi yang aneh hari ini. Asri berani bercakap tentang isu semasa seperti 1MDB. Bagaimana mufti lain?,” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.
Andaikata kita nak mempersoalkan kenyataan yang telah dibuat oleh Raja Kamarul Bahrin ni sangat mudah. Kenapa dia nak mengamalkan sikap Assobiyah dalam bab membasmi rasuah?

Bahkan, tindakan yang dilakukan oleh Mufti Perlis itu juga dianggap bersifat 'Dwi Standard' dan 'Berat Sebelah' dalam membuat kenyataannya terhadap isu pembasmian rasuah itu sendiri.

Kenapa sebelum ini Mufti Perlis tu tak bersuara pun mengenai isu rasuah yang melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang dalam kes pembelian rumah Banglow mewah 'Terlajak Murah' dia?

Kenapa pada ketika itu, seorang agamawan seperti Mufti Perlis ni memilih untuk berdiam diri dan enggan memberikan sebarang komen mengenai perlakuan rasuah Si Lim Guan Eng tu?

Malah, Pengerusi PAN Terengganu tu sendiri pun hanya mengambil langkah mendiamkan diri dan sebaliknya menuduh dakwaan rasuah ke atas Lim Guan Eng tu sebagai satu taktik Politik.

Kan nampak sangat amalan Assobiyah yang dilakukan oleh kedua - dua pemimpin tersebut? Tambah memalukan ialah apabila ianya disalah-gunakan oleh seorang pemimpin agamawan seperti Mufti Perlis tu sendiri yang akhirnya merosakkan imej Islam secara terbuka!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Aleh..kalau setakat raja kamarul tu..boleh belah..suruh dia cermin diri sendiri...suruh dia jaga bini2 dia..

    BalasPadam
  2. Si maza tu x payah ambil kira sangat la sbb org dah tau dia tu tak mcm mufti sebenar. Bnyk songehnye...

    BalasPadam
  3. SAING2 AMBO KELO DIA NI TOK PETI MUKABUKU.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping