Isnin, Ogos 15, 2016

Heh! Memang suka betul puak PKR ni terjebak dalam jerat "Cinta Tiga Segi" ni ek. Nampak sangat yang diorang ni masih lagi kemaruk nak mengamalkan hubungan "Politik Songsang" di Malaysia.

Apa yang jelas, tindakan PKR ini membuktikan yang mereka masih lagi mengharapkan belas ehsan dari orang lain demi untuk memenuhi kehendak cita - cita Politik Longkang mereka.

Maka sebab itu PKR terpaksa mengadakan hubungan Cinta Tiga Segi diantara PAS dan DAPigs walaupun hakikatnya mereka sedar hubung tersebut tidak akan kekal selama - lamanya.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, salah seorang pemimpin PKR menyatakan secara terbuka kesediaan parti itu untuk meneruskan kerjasama dengan PAS menerusi Gagasan Sejahtera.

Katanya, PKR akan memberikan ruang yang cukup luas untuk PAS membuat keputusan mereka sendiri asalkan tujuan dan matlamat untuk menumbangkan Barisan Nasional tetap wujud.
"Parti politik (pembangkang) boleh kerjasama dengan mana-mana parti yang dia suka tetapi akhirnya perbincangan mestilah terjurus dan terarah kepada persaingan berlawan antara kita dengan BN, itu yang saya rasa politik sihat yang sepatutnya berlaku.
"Sebagai pemimpin PKR, kita menghormati pandangan ataupun cara yang hendak dibuat oleh PAS dengan Gagasan Sejahtera," ujarnya ketika dihubungi Antarapos.
"Walapun tidak ada suatu penyertaan bersama tapi bagi saya itu merupakan satu hak yang dimiliki oleh sebuah parti politik untuk mengadakan secara bersama samada ianya bertulis atau tidak," ujarnya lagi. 
Kenyataan itu dibuat bagi mengulas tindakan PAS membentuk GAGASAN yang telah diumumkan oleh Hadi Awang yang turut menegaskan bahawa Gagasan tidak akan bergabung dengan Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah.

Pengumuman Hadi itu menjarakkan peluang untuk parti pembangkang mencapai kata sepakat bagi memastikan pertandingan 'satu lawan satu' menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Dari satu sudut, kenyataan yang dibuat oleh wakil pemimpin kanan PKR itu membuktikan bahawa parti itu tidak mempunyai pendirian tersendiri berhubung masa depan Politik parti itu.

Malah, kenyataan itu juga menunjukkan yang PKR jelas tidak mempunyai kekuatan akar umbi sehingga terpaksa menjadi 'Kerakap Diatas Batu' dengan mengharapkan sokongan dari orang luar.

Pokok pangkalnya, PKR bukan parti yang selayaknya dijadikan sandaran untuk rakyat memerintah Negara jika mereka sendiri tidak mempunyai kekuatan dalaman untuk berdiri diatas kaki sendiri. Hakikatnya, PKR ni ibarat macam OKU yang perlukan bantuan orang lain!!!
Categories: , ,

3 ulasan:

  1. Tanpa pas parti pembangkang tak ada kekuatan yg sepatutnya utk berdepan bn.

    BalasPadam
  2. Terlalu banyak gagasan atau pakatan...lama2 semua kelongkang.Semua mau jadi ketua.Tinggallah Che Anu...di Sg Buloh sendirian

    BalasPadam
  3. Apa2 yang melibatkan PKR bukan sekadar cinta tiga segi tapi dah jadi cinta songsang. Halatuju pemimpin2 PKR semuanya songsang.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping