Ahad, Ogos 21, 2016

PKR menegaskan tiada sebarang keperluan melantik bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ketua pembangkang baru bagi menggantikan Wan Azizah pada ketika ini.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata Pakatan Harapan tidak pernah membincangkan mengenai perkara itu, malah turut menganggap ianya bukan topik penting untuk diketengahkan.

Beliau berkata PKR tetap dengan pendiriannya untuk mengekalkan Presiden parti itu, Wan Azizah Wan Ismail sebagai ketua pembangkang dalam menerajui Pakatan Harapan.
"Sekarang bukan soal siapa ketua pembangkang (baru) sebab ketua pembangkang telah pun ada iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
"Tidak ada cadangan untuk tukar (ketua pembangkang)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan surat kelulusan dan borang 5A Kampung Sungai Yu, hari ini.
Walaubagaimana pun, kenyataan Timbalan Presiden PKR itu dilihat agak bertentangan dengan pendirian Naib Presiden PKR, Nurul Izzah yang sebelum ini berkata bahawa Muhyiddin boleh dilantik menjadi ketua pembangkang sekiranya Parti Pribumi Bersatu Malaysia komited dengan agenda reformasi.

Pada 9 Ogos lepas, Muhyiddin dan beberapa bekas pemimpin UMNO telah bertindak mendaftarkan parti itu, yang dikritik sebagai serpihan UMNO dan tanpa motif jelas penubuhannya.

Dalam erti kata lainnya, biar la Pakatan Haprak tu diketuai oleh 'Tunggul Kayu' sekali pun, asalkan bukan dari kalangan pemimpin bekas ahli UMNO. Bukan apa. Nanti senang la Si Azmin ni nak gulingkan 'Tunggul Kayu' tu untuk dia rampas kuasa!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping