Wah! Kalau dengar 'cerita' tu, memang hebat benar parti yang bakal ditubuhkan tak lama lagi ni. Tapi, kalau dilihat balik dari kenyataan yang diberikan, hanya indah khabar dari rupa.
Dalam kenyataan hari ini, parti yang baru nak ditubuhkan itu menyatakan bahawa syarat bagi had tempoh waktu untuk jawatan Presiden parti itu akan dihadkan selama tiga tahun sahaja.
Katanya, syarat bagi had tempoh jawatan tersebut merupakan satu pembaharuan kepada Politik di Malaysia bagi menentukan kepimpinan parti itu terus segar dan berbeza dengan parti lain.
"Ini merupakan satu pembaharuan bagi menentukan supaya proses kepimpinan dalam parti sentiasa segar.
"Justeru, sesiapa pemimpin di atas tidak boleh menongkak langit buat selama-lamanya," katanya pada sidang media Jawatankuasa Penaja Parti Bersatu di sini, hari ini.
Biarpun Presiden Penaja parti yang baru nak ditubuhkan itu menyatakan had tempoh jawatan seorang Presiden tu hanya 'Tiga Penggal' tapi dia tak nyatakan berapa tahun bagi satu penggal.
Satu penggal mungkin boleh jadi 5 tahun, 10 tahun, 100 tahun dan seterusnya. Dia tidak menyatakan secara spesifik mengenai tempoh sepenggal yang dimaksudkan bagi jawatan tersebut.
Dalam erti kata lainnya, had tempoh jawatan selama tiga penggal itu dilihat hanya sekadar 'Pancing' untuk mengelirukan rakyat bagi menarik sokongan dari kalangan mereka semata - mata.
Namun IRONIKnya, tindakan pemimpin penaja parti itu sebelum ini secara agresif mendesak agar Presiden bekas partinya meletakkan jawatan walaupun tak sampai dua penggal dia menjawat jawatan tersebut.
Dan yang bertambah peliknya ialah apabila syarat had tempoh jawatan Presiden itu secara tak sengaja menyindir penaung partinya sendiri yang pernah memegang jawatan Presiden parti selama bertahun lamanya sehingga PKR melabelkan dia sebagai seorang 'Diktator'!!!
Madey tu berpenggal penggal pulak..
BalasPadamSatu Penggal 22 tahun. Gua caya lu maa!
BalasPadamMula jadi PM umur 50 tahun. 22 tahun X 3 penggal = 66 tahun + 50 tahun = 122 tahun. Dah jadi tahap The Skeleton Man.
BalasPadamMasa tu dedak pun dah tak lalu nak makan.