Selasa, Ogos 16, 2016

"Seruan menentang kezaliman dan menegakkan keadilan cuma satu modal politik untuk meraih undi rakyat!" Demikian kenyataan yang dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Walaubagaimana pun, Nik Abduh berkata, manusia yang menerima seruan itu sukar untuk melihat keadilan secara menyeluruh. Mereka hanya melihat keadaan tunggang langgang di dalam mereka melaksanakan keadilan yang dilaungkan itu.
“Masing-masing mendakwa merekalah wira dan jaguh keadilan. Tetapi apabila diperhatikan, mereka jugalah yang menjadi punca ketidakstabilan dalam kehidupan,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam.
Nik Abduh memberi contoh Amerika Syarikat dan dunia barat yang berusaha mempromosi gaya hidup mereka dengan memperlihatkan kebebasan individu sebagai asas keadilan dan kesejahteraan.

Namun katanya, dunia barat pada ketika ini semakin parah dengan masalah sosial, ekonomi dan kekeluargaan sehingga menyebabkan Negara - Negara tersebut semakin bertambah huru - hara.
“Semakin ditiru gaya hidup mereka, semakin penyakit merebak di dalam masyarakat yang meniru mereka termasuk di negara kita ini,” tegasnya.
Justeru, dia mengingatkan kezaliman yang sebenarnya adalah apabila manusia menolak Allah S.W.T dalam kehidupan dan menyebabkan PAS kelihatan berbeza dengan parti-parti pembangkang lain dalam menilai keadilan di negara ini.
“Ketika parti-parti lain melihat dan memperjuangkan keadilan dengan pelbagai teori dan cara, PAS kekal dan terus menekankan aspek keadilan terhadap hak Allah S.W.T dan agamanya.
“Maksudnya, bicara keadilan sesama manusia adalah gagal selama mana manusia melihat kehadiran Allah S.W.T sebagai campur tangan yang merosakkan usaha mereka menegakkan keadilan,” katanya.
Kenyataan itu walaubagaimana pun dilihat sebagai satu tindakan menjustifikasi keputusan PAS menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan dan mahu menubuhkan Gagasan Sejahtera.

Jika dilihat dari satu sudut, Pakatan Haprak tu memang sering melaungkan slogan yang menuntut Hak Kebebasan Asasi Manusia sebagai sebahagian dari amalan Politik Retorik mereka.

Hakikatnya, jika itu yang dimaksudkan oleh Nik Abduh, maka memang benar la kenyataan yang dibuat kerana pendirian Pakatan Haprak yang terdiri dari kalangan DAPigs, PKR dan PAN tu hanya memperjuangkan kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping