Ahad, Ogos 28, 2016

Entah bila masa pulak Si Rafizi tu ada keberanian nak tampil mengakui perkara yang sebenar walaupun dia tau apa yang dia buat sebelum ini hanya sekadar tipu daya semata - mata.

Jadi, ianya agak menghairankan apabila Si Chagubard ni tiba - tiba nak melabelkan Si Rafizi tu sebagai seorang yang BACUL nak menegakkan kebenaran yang sebenar. Takkan baru sekarang dia sedar?

Bekas Ketua Cabang PKR Rembau itu membidas Setiausaha Agung parti itu, Rafizi Ramli kerana mendiamkan diri berhubung pemalsuan tandatangannya di dalam surat pemecatan beliau.

Si Chagubard mendakwa, tindakan Ahli Parlimen Pandan itu yang berdiam diri meskipun mengetahui tandatangannya dipalsukan, memperlihatkan sifatnya sebagai pemimpin yang bacul.
"Orang politik tetap orang politik. YB Rafizi ini tahu yang tandatangannya dipalsukan, tetapi sehingga ke hari ini beliau senyap.
"Saya cuma mahu melihat sejauh mana telatah orang politik, sejauh mana kamu mahu menipu rakyat konon kamu hero dengan musuh kamu, tapi dalam hal dalam kelambu (dalam parti), kamu sangat bacul dan penakut serta tidak berprinsip sama sekali. 
"Ini soal parti, kredibiliti dan soal mempertahankan prinsip dalam parti," katanya ketika dihubungi Antarapos. 
Kekeliruan berhubung status keanggotaan Chagubard di dalam parti bermula apabila Penyelaras NGO Pro PKR itu menerima surat pemecatan menerusi emel pada pagi 26 Ogos lalu. 

Menurut surat bertarikh 26 Ogos itu, mesyuarat Jawatankuasa Lembaga Disiplin yang bersidang pada 4 Ogos lalu membuat keputusan untuk memecat Si Chagubard atas dakwaan menjejaskan imej dan memecahbelahkan parti seterusnya ingkar dengan arahan parti.

Menurut surat yang ditandatangani Rafizi itu juga, tindakan pemecatan itu diambil sejajar dengan peruntukan di bawah Fasal 41.7 Perlembagaan Parti.

Pemecatan itu dikaitkan dengan tindakan Chagubard sebelum ini yang giat mendedahkan dakwaan salah laku Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, berhubung kontroversi penukaran status tanah di Lot 68054 yang dikatakan milik Paya Indah Wetlands.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan PKR menafikan parti itu sudahpun memecat Chagubard dan menjelaskan parti itu kini masih menunggu keputusan penuh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR berhubung tindakan selanjut. 

Semalam Chagubard yang dipetik sebuah portal berkata, beliau dihubungi seorang pemimpin kanan parti memberitahu surat itu dikeluarkan tanpa pengetahuan Rafizi dan tanda tangan setiausaha agung yang terpapar di surat berkenaan adalah palsu.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Berkecamuk dah pkr ni. Pan yg bodoh tu pun dah mula tegang dgn pkr. Apa nak jadi...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping