Isnin, Ogos 29, 2016

Nampak gayanya kemelut dikalangan pimpinan yang hangat melanda PKR pada ketika ini semakin bertambah kronik walaupun ianya cuba disembunyikan mereka dari pengetahuan umum.

Nak pulak apabila pendedahan demi pendedahan dibuat terhadap penyelewengan dan salah guna kuasa yang telah dilakukan oleh pemimpin parti itu didedahkan secara terbuka saban hari.

Lepas satu persatu skandal yang membabitkan kepimpinan PKR mendapat perhatian dikalangan rakyat pelbagai peringkat yang melihat pimpinan parti itu semakin bertambah korup.

Mungkin ini khifarah yang menimpa parti itu setelah sekian lamanya mereka mendapat dada mendakwa diri mereka 'Maksum' dan 'Suci' jika hendak dibandingkan dengan orang lain.

Jika sebelum ini, pendedahan mengenai skandal 'Rasuah Betina' didedahkan oleh Si Rafizi terhadap kepimpinan pentadbiran Rejim Pakatan Selangor dibawah pimpinan Si Azmin Ali tu.

Dan terkini, pendedahan mengenai penyelewengan kuasa serta dana rakyat yang juga melibatkan pentadbiran Rejim Pakatan Selangor tu turut mendapat perhatian dikalangan rakyat.

Bagi sesetengah pihak, taktik mendedahkan skandal demi skandal sedemikian dianggap sebagai satu mekanisme untuk memburukkan imej Si Menteri Besar Selangor tu secara terang - terangan.

Ada yang kata, taktik tersebut diguna pakai bagi menggugurkan kedudukan Si Menteri Besar Selangor tu dari kerusi Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti dimasa akan datang.

Kedudukan Si Azmin tu kini dikatakan semakin bertambah goyah apabila dia dilihat semakin cenderung menyokong Tun Mahathir menjadi pertikaian dikalangan pemimpin PKR.

Dalam erti kata mudahnya, apa yang berlaku pada ketika ini bukannya dibuat demi menjaga kebajikan rakyat. Sebaliknya, ia berlaku kerana perebutan kuasa yang sedang melanda PKR itu sendiri. Tapi malangnya, kepentingan rakyat juga yang terpaksa menjadi gadaian!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Semua sama pakatan ataupun Bn..bila berkuasa semua nak sapu masuk poket sendiri

    BalasPadam
  2. Politik andaian, hear say, emosional, tuduh, fitnah, dn rasa diri betul tidak dpt bertahan lama. Akhirnya akn nampak sifat dn sikap sebenar.

    BalasPadam
  3. Spesis pemimpin dlm Pakatan termasuk geng ANC memang nampak membujur lalu melintang patah. Jadi tak heran ada yg suka rasuah, salah guna kuasa, LGBT, libralisma, aktiviti songsang. Sebab tulah berhati2 memilih kerajaan. Bn di bawah Najib masih yg terbaik, lebih considerate dan peka terhadap realiti kehidupan dan keperluan rakyat. Isu 1MDB terlebih diburukkan oleh fitnah Mahadir saja. Jika ia tak diganggu gugat dan disabotaj, ia mungkin berjaya membantu rakyat sebagaimana tujuan ia ditubuhkan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping