Sabtu, Ogos 13, 2016

Tun Musa Hitam meletak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau cuba menjatuhkan beliau dan kerajaan pimpinannya.

Malah, Tun Musa juga mendakwa, Dr Mahathir yang pada ketika itu merupakan Presiden UMNO turut membangkitkan perkara itu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Musa walaubagaimana pun yang tidak mengetahui orang dimaksudkan oleh Dr Mahathir itu kemudiannya bersemuka dengan perdana menteri keempat negara itu.
“Jawapan kejam beliau ialah ‘Awaklah’,” tulisnya dalam buku terbaharunya bertajuk “Frankly Speaking” yang dilancarkan Rabu lalu.
Beliau yang terkejut dan kecewa dengan tuduhan itu yang telah dilemparkan itu, sedar yang beliau tidak mampu untuk mengekalkan kedudukannya dalam Kerajaan lagi.
“Saya buat keputusan untuk letak jawatan. Macam mana saya hendak kekal apabila beliau tidak lagi percaya saya? Bagaimana saya hendak jalankan tanggungjawab sebagai timbalannya apabila didakwa cuba ‘membunuh’ beliau dari segi politik?
“Bagaimana saya hendak terus bekerja dan sokong beliau apabila hubungan kami sudah capai tahap itu?” soalnya.
Dalam buku itu juga, Musa mendakwa Dr Mahathir cuba memanipulasi kekecewaannya berhubung pelantikan Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) ke dalam kabinet sebagai alasan untuk peletakan jawatan mengejutnya.

Ku Li dilantik sebagai menteri perdagangan antarabangsa dan industri, walaupun tewas kepada Musa dalam pemilihan jawatan timbalan presiden Umno pada 1984.

Musa menjelaskan ia seolah-olah mustahil untuk Ku Li mengekalkan jawatannya dan diberikan kedudukan tinggi selepas kekalahannya itu.

Beliau turut menafikan Peristiwa Memali pada 1985 yang menyaksikan 14 penduduk kampung dan empat anggota polis terkorban, selepas satu kumpulan ajaran sesat mengepung kampung di Kedah itu, adalah punca utama beliau meletak jawatan.
“Ia ada kaitan dengan tuduhan saya cuba menjatuhkan bos saya dan kerajaan,” katanya sambil mendakwa sekumpulan pemimpin Umno terdiri daripada Anwar Ibrahim, Tun Daim Zainuddin and Tan Sri Sanusi Junid mungkin orang yang memberi cadangan menggulingkan perdana menteri kepada Dr Mahathir.
Musa meletak jawatan pada Februari 1986. Katanya, beliau mengambil masa lama untuk melepaskan jawatannya selepas berkonfrontasi dengan Dr Mahathir kerana mahu menyelesaikan beberapa perkara.

Ianya termasuk memberi penjelasan penuh kepada orang ramai berhubung peristiwa Memali, menyediakan kertas putih berhubung perkara itu dan lawatan tertangguh perdana menteri ke kawasan Parlimen Kota Tinggi.
Categories: ,

7 ulasan:

  1. Oohh sekarang dah tahu la sebabnya. Itu lah masaalahnya Dr in the house ni dari dulu sampai sekarang masih bersikap bersangka buruk dg orang2 disekeliling nya...tambah lagi bila tak dengar cakap atau arahan nya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dr In The House tu sebuah penceritaan yg berat sebelah. Seolah olah penulis saja yg betul dan org lain salah.

      Padam
    2. Ya, betul tu....mahathir saja yang betul. Orang lain semuanya salah!

      Padam
  2. Allah maha kaya. Sekiranya nyawanya ditarik awal maka cerita kezalimannya berkubur bersama2nya. Sekarang pekungnya keluar satu persatu.

    BalasPadam
  3. Itulah Tun M...masa brkuasa dulu pun bnyk buat hal. Skrng dok sebok itu ini tak kena...dok.diam je la...

    BalasPadam
  4. respek kat Pak Lah... walau dah pencen tapi tak menyebok ttg pentadbiran negara... Tun M takkan menyebok jika kepentingan kroni nya tak terganggu...

    BalasPadam
  5. Dah meluat sangat dgn TDM ini...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping