Ahad, September 04, 2016

Menteri Besar Selangor digesa menjelaskan apakah hubungannya dengan syarikat pembangunan gergasi, Gamuda Berhad membabitkan kontroversi ubah status lot tanah yang terletak dalam kawasan Paya Indah Wetlands.

ADUN Dengkil, Shahrum Mohd Sharif berkata rakyat Selangor tertanya-tanya bagaimana lot tanah 68054 berjaya diubah statusnya daripada pertanian kepada pembangunan, sebaik sahaja Azmin diangkat menjadi menteri besar.

Lot tanah 68054 itu sejak 22 tahun lalu gagal diubah status tanahnya berikutan ia terletak dalam zon hijau – zon yang dilarang daripada dibangunkan secara komersial, atas alasan keselamatan.

Lot itu sebelum ini dimiliki oleh sebuah syarikat swasta, Salak Land Development Sdn Bhd sebelum ianya dijual semula kepada Gamuda dengan harga RM784 juta.
“Segala tuduhan amat serius, khususnya melibatkan bagaimana sebidang tanah yang empat menteri besar terdahulu tidak luluskan perubahan status tanah pertanian kepada pembangunan kerana ia melibatkan zon hijau, tetapi mengapa ketika Azmin mengambil alih pentadbiran, hal ini boleh berlaku?
“Ia melibatkan perkara yang menjadi tanda tanya, khususnya rakyat Selangor, apakah ia mempunyai kaitan dengan proses penstrukturan semula air yang melibatkan syarikat yang sama?,” soalnya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
Gamuda memiliki 40 peratus saham dalam SPLASH. Justeru Shahrum menyoal adakah Azmin mengadakan rundingan dengan Gamuda bagi membolehkan kerajaan negeri Selangor mengambil alih aset air darpada SPLASH.
“Semua tahu semua tahu bahawa Gamuda Berhad mempunyai tanah di Lot 68054 dan ia juga mempunyai sebanyak 40 peratus perkongsian saham dalam SPLASH, yang sehingga kini urusan penstrukturannya belum dimuktamadkan dengan tempoh yang ditetapkan sehingga September ini,” ujarnya.
Sehingga kini, hanya SPLASH bermain tarik tali dalam isu pengambilhan syarikat konsesi air Selangor, sementara SYABAS, ABBAS dan Puncak Niaga sudahpun menyatakan persetujuan mereka.

Selain isu saham dalam SPLASH, Gamuda juga dikatakan menjalinkan kerjasama dengan Rejim Pakatan Selangor dalam beberapa projek membina rumah mampu milik yang bernilai hampir sebanyak RM 1.3 bilion.
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Blog yg semakin kurang pengujung..

    BalasPadam
  2. Seorang lelaki asnaf fakir miskin. Berada dalam keadaan daif dan hidup dalam serba kekurangan. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan wang secara ikhlas, boleh derma ke akaun maybank 151089317354 Adila Bin Suboh. Terima kasih.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping