Selasa, September 27, 2016

Sikap Muhyiddin Yassin yang didakwa suka membuat keputusan secara bersendirian mula tidak disenangi ahli dan pemimpin PPBM yang baru 3 minggu didaftarkan, menurut sumber dalaman.

Bercakap kepada pihak media, sumber itu membuat pendedahan bahawa ramai ahli PPBM mula menuduh Presiden parti itu yang didakwa menganggap parti itu milik persendiriannya.

Mereka juga kecewa dengan sikap bekas Timbalan Perdana Menteri itu kerana tidak mahu berbincang dengan beberapa pemimpin utama di samping sikapnya yang suka mengenepikan “orang Mahathir”.

Sumber tersebut berkata Tun Mahathir dan Mukhriz semakin tidak berpuas hati dengan cara Muhyiddin yang tidak berbincang dengan mereka sebelum melantik beberapa penjawat parti.
“Muhyiddin mahu mengawal parti itu keseluruhannya. Beliau mengenepikan semua penyokong Mahathir dalam parti,” jelas sumber tersebut.
Sebelum ini, ketua sayap wanita PPBM, Anina Saadudin menepis dakwaan parti baharu itu lesu dengan tidak ada kegiataan rancak menambah bilangan ahli, selepas didaftarkan awal bulan ini.

Malah sumber itu juga turut mendakwa Muhyiddin kelihatan masih berfikiran seperti UMNO dan belum berubah, malah tidak selesa berdampingan dengan pembangkang, khususnya DAP.

Ia menimbulkan tanda tanya sama ada PPBM di bawah kepimpinannya mampu mengadakan persefahaman dengan parti pembangkang lain menjelang pilihan raya umum ke-14.

Rasa tidak senang itu bakal memburukkan keadaan dan Muhyiddin juga berdepan serangan daripada pemimpin PPBM lain termasuk mereka yang sebelum ini terlibat dalam Deklarasi Rakyat.

Bahkan, kata sumber tersebut, sikap yang ditonjolkan oleh Muhyiddin itu hanya akan menyebabkan berlakunya pemberontakan secara besar - besaran bakal meletus dalam PPBM.

Sumber itu juga turut memberikan gambaran bahawa corak kepimpinan yang dipamerkan Muhyiddin mengganggu perpaduan PPBM dan turut mengecewakan beberapa orang penyokong tegar Tun Mahathir.
Categories:

7 ulasan:

  1. mana dapat berita karut dan bodoh ni...ooiii semut pekak.baru tiga minggu tak kan dah ada pertelingkahan lagi..perbaiki la umno tu..dah berbau busuk ke seluruh dunia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebusuk2 UMNO..kami ampu MELAYU..

      Padam
    2. Yaa.. melayu2 busuk bodoh yang mengampu melayu jenis yang sama.

      Padam
  2. Bro, ada org tu baru 3 hari kahwin dah cerai. Inikan pulak parti bunga yg tak akar tu. Dalamnya ada bekas ahli UMNO yg diragui kewarasannya. Logiklah kalau mereka bergaduh

    BalasPadam
  3. Bro, ada org tu baru 3 hari kahwin dah cerai. Inikan pulak parti bunga yg tak akar tu. Dalamnya ada bekas ahli UMNO yg diragui kewarasannya. Logiklah kalau mereka bergaduh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kepada yang gila kuasa..inilah jadinya..tak heran pun

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping