Kalau dibaca kenyataan yang dilaporkan seperti dibawah, nampak sangat yang pemimpin kanan PKR ni enggan memohon maaf kepada PAS setelah mendakwa parti itu sebagai Pengkhianat.
Jika sebelum ini, Pengarah Pilihan Raya PKR tu secara terbuka membuat tuduhan terhadap PAS yang dilabelkan sebagai sebuah parti Pengkhianat sewaktu bekerjasama dengan Pakatan.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin kanan PKR itu dibuat dihadapan penyokong PAN sewaktu majlis sambutan setahun penubuhan parti tersebut yang telah diadakan di Johor baru - baru ini.
Walaubagaimana pun, dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan oleh pemimpin kanan PKR itu cukup tidak disenangi oleh pemimpin PAS yang menganggap ianya sebagai satu Penghinaan.
Pesuruhjaya PAS Selangor merangkap Naib Presiden PAS dalam satu kenyataan sebelum ini menganggap tuduhan pemimpin kanan PKR sebagai pencetus pergaduhan diantara kedua - dua parti.
Malangnya, pemimpin kanan PKR itu ketika ditemui oleh wakil media baru - baru ini tetap enggan mengulas mengenai tuduhan yang telah dibuat mahupun kenyataan Naib Presiden PAS itu.
"Saya tidak mahu (beri) komen lebih daripada itu. Saya tidak mahu komen apa yang (Datuk) Iskandar Samad komen," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Apa yang jelas, bagi sesetengah ahli PAS diperingkat akar umbi menyifatkan tuduhan pemimpin kanan PKR itu sebagai satu tuduhan yang melampau dan menonjolkan sifat lupa dirinya.
Bagi mereka, pemimpin kanan PKR itu mungkin lupa siapa yang telah membantunya memenangi Pilihan Raya Umum ke 12 sehingga dia dapat jadi Ahli Parlimen Machang sebelum ini.
Dalam erti kata lainnya, tuduhan yang dilemparkan oleh pemimpin kanan PKR itu membuktikan bahawa parti itu bukan sahaja mudah lupa diri. Malah ianya memperlihatkan sifat Sombong dan Angkuh dikalangan pemimpin parti itu secara terang - terangan!!!
Sebelum ni dok tagih undi dr pas utk menang...
BalasPadamPRU14 nnt terlungkup dan pupus la PKR dr politik malaysia..parti syok sendiri dan lupa diri..
BalasPadam