Selasa, September 06, 2016

Orang-orang PKR sudah tentu tidak boleh terima apabila Hadi Awang dengan secara terbuka menolak slogan “suara rakyat adalah suara keramat” yang merupakan slogan PKR selama ini.

Menurut Hadi Awang, slogan tersebut yang bertentangan dengan prinsip tauhid (kesatuan Tuhan) dalam Islam menolak sistem pemerintahan sama ada “bertuhankan individu” seperti diktator mahupun “kelompok atau rakyat”.

“Maka Islam menolak diktator yang bertuhankan individu atau kelompok atau rakyat, termasuk yang bertopengkan demokrasi, kononnya suara rakyat adalah suara keramat seperti Tuhan atau Teokrasi yang bertuhankan agamawan yang bertopengkan agama,” katanya dalam satu penulisan terbaru yang diterbitkan organ PAS Harakah.

Tulisan yang diberi tajuk ‘Inilah penyelesaiannya’ itu antara lain turut menekankan persoalan mengenai Islam dan cara kaedah pemerintahan Negara secara umum.

“Islam menolak diktator yang bertuhankan individu atau kelompok atau rakyat, termasuk yang bertopengkan demokrasi, kononnya suara rakyat adalah suara keramat seperti Tuhan atau teokrasi yang bertuhankan agamawan yang bertopengkan agama.

“Semuanya menjadikan dirinya seperti Tuhan, rakyatnya sebagai hamba. Termasuk menjadikan harta dan segala khazanah negara sebagai miliknya yang boleh diambil dengan apa-apa cara dan menggunakannya tanpa batas sempadan halal dan haram.”

“Suara rakyat, suara keramat” merupakan antara slogan yang kerap diucapkan pemimpin pembangkang terutama dari PKR pada ceramah dan perhimpunan aman.

Hadi berkata akidah Islam juga melarang undang-undang yang memberi kekebalan kepada mana-mana individu.

“Akidah Islam menjadikan tidak ada manusia yang mengatasi undang-undang termasuk raja atau ketua negara sehingga mengharamkannya berlagak Tuhan.”

Beliau menegaskan kepentingan mendalami maksud tauhid yang menjadi dasar akidah Islam, dengan berkata ia bukan setakat melarang umat Islam menyembah berhala.

“Akidah Tauhid dengan mengesakan Allah sahaja Tuhan yang diibadatkan kepadanya dengan jasad, roh dan akal. Ini menjadikan manusia itu tidak berlagak menjadi Tuhan apabila berkuasa memerintah negara, atau diberi nikmat kehidupan berpangkat atau berharta.

“Dengan tegas menolak syirik dengan maksud yang menyeluruh, bukan sahaja diharamkan menyembah berhala atau patung, termasuk juga makhluk yang lain, termasuk sesama manusia, dan juga tidak mengadakan undang-undang sendiri dalam perkara yang tidak diizin oleh Allah,” katanya lagi.
Categories: , ,

4 ulasan:

  1. Hadi dan olamak hantam 90 juta duit haram dari najib tak bertentangan hukum tuhan?..sudahlah hadi...prompak 1mdb tidak diambil tindakan,hadi dan olamak bisu..kata kena fitnah tapi tak mau saman...sejak pakai alphad olamak terkancing gigi..Pas dan bukan PAS..

    BalasPadam
    Balasan
    1. dakwaan yg hadi terima rm90j itu perlu d buktikan dengan data2 / butiran yg tepat. selagi anda tdk dapat mmbuktikannya berarti anda adalah orang fasik yg tdk blh menjadi saksi sepanjang hayat anda.bahkan anda telah digelar sebagai perosak dn pemfitnah serta pmecah kesatuan ummah.anda tdk mndapat kelayakan untuk menjadi wali kepada perkahwinan ank perempuan anda. mk neraka jahannam lah tempat tinggal anda untuk selama- lamanya. seluruh umat islam yg jujur dan bertaqwa akn menjadi saksi d ats komen dn cerita anda ini. jk anda mndengar berita SR atau WSJ (berita yg d bw oleh musuh2 islam) dn menyebarkannya tnpa usul periksa mk andalah menjadi penyambungnya dn wajib bertanggungjawab dn menerima balasan dr Yg Maha Mengetahui. ya Allah hncurkanlah golongan munafik dan fasik ini mudah-mudahan selamat orang2 mukmin dr keburukan mereka.Amin amin ya rabbal Aalamin.

      Padam
    2. Kalau hanya sekadar 'hear say' tak perlule tunjuk bijak...kamu dah tempah tempat bersama2 syaitan di neraka jahanam ke..ingat pembalasan Allah pd org seperti kamu yg suka memfitnah AMAT HEBAT..cermin diri kamu sblm nak bercakap..LEMBU...bu..bu..

      Padam
  2. anda wajib sertakan bukti dakwaan anda ini dgn butiran dan data yg tepat. jk tda bererti anda telah mmbuktikn kpd seluruh umat d malaysia bhw anda adalah pmfitnah dan perosak ummah yg sama tarafnya dgn Dajjal perosak umat Islam
    dn kekallah anda bersamanya dlm neraka jahannam. jgn jd penyambung lidak musuh Islam. berhati2lah mengulas berita yg ada kaitan dengan islam dan ulama'.wallaahu a'lam.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping