Selasa, September 06, 2016

Heh! Ramai betul orang yang teruja dengan insiden yang berlaku semalam. Nak pulak sejak tersebarnya gambar Si Ketua Penipu tu dengan Tun Mahathir menjadi viral dalam media sosial.

Bahkan, ramai juga yang mula terkinja - kinja tak tentu arah membuat dakwaan serta menyebarkan spekulasi mengenai insiden tersebut. Dan tak kurang juga ada yang turut mencemuh.

Bagi yang bersorak kegirangan melihat keadaan itu, sudah pasti mereka mengandaikan insiden tersebut sebagai satu langkah ke arah 'Kesatuan' diantara Si Ketua Penipu tu dengan Mahathir.

Malah ada yang anggap, kehadiran Bekas Perdana Menteri tu semalam merupakan isyarat yang cukup jelas kepada komitmen Si Ketua Penipu tu menyokong gerakan yang diketuai oleh Tun.

Tak kurang juga ada yang turut menganggap insiden yang berlaku semalam membuktikan bahawa Tun Mahathir dan Si Ketua Penipu tu dah saling bermaafan diantara satu dengan yang lain.

Maka itu menjadi modal Politik Singkat mereka yang dipengaruhi oleh pemikiran jumud puak Pakatan Haprak ni. Kesimpulan yang mereka buat jelas tidak melihat dari sudut Politik.

Tapi takde seorang pun yang membangkitkan persoalan, adakah Si Ketua Penipu tu dah memaafkan Tun kerana pernah memecatnya dari jawatan selaku Timbalan Perdana Menteri?

ATAU, adakah Si Ketua Penipu tu dah memaafkan dosa Tun yang pernah menuduhnya dia sebagai seorang Peliwat dan pengamal seks songsang seperti yang tertulis dalam buku Tun sebelum ini?

Jawapan mudahnya TIDAK! Maka untuk apa Tun hadir ke mahkamah semalam? Kerana mahu memberikan sokongan kepada Si Ketua Penipu tu yang mengambil tindakan terhadap Kerajaan.

Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Tun ketika dia ditanya oleh pihak media. Bukannya kerana dia nak menagih kemaafan dari Si Ketua Penipu tu diatas dosa yang telah dilakukannya.
“Saya berminat dengan kes ini kerana membabitkan keselamatan negara. Perkara ini ada ditulis dalam blog saya,” katanya.
Maka dalam erti kata lainnya, persepsi dan juga spekulasi yang dijaja oleh puak Pakatan Haprak yang konon - kononnya memberikan gambar seolah - olah kedua - dua pemimpin tu dah berbaik semula hanya sekadar imaginasi mereka sahaja!!!
Categories: ,

4 ulasan:

  1. oi...takot pesal??? relaks la.... mengelabah babun plak ko...

    BalasPadam
  2. Banyak manakah ko dah kena tipu dengan anwar..najib tipu derma raja arab tapi sapu duit rakyat..Hadi tipu ahli pas lawan umno tapi sokong najib..

    BalasPadam
  3. HANYA KEAJAIBAN BOLEH MENYELAMATKAN NAJIB

    Beberapa jam setelah berlangsungnya pertemuan bersejarah antara Tun Mahathir Mohamad dengan Anwar Ibrahim semalam, walaupun ketika itu berita dan gambar kedua-dua tokoh berkenaan bersalaman telah tersebar luas di media sosial, pemimpin UMNO dan penggiat media sosial berbayar yang selama ini aktif, kelihatan senyap sunyi dan seakan terdiam seketika.

    Hanya menjelang malam, barulah terdengar banyak komen, reaksi dan ulasan mereka mengenai pertemuan tersebut. Kemudian satu demi satu pemimpin-pemimpin UMNO mula mengulas berkenaan detik Tun Mahathir dan Anwar yang kini bertemu, bersalam dan berbaik semula setelah terpisah selama 18 tahun 3 hari lamanya.

    Rata-rata pemimpin dan penggiat media sosial UMNO menganggap pertemuan itu sebagai tindakan terdesak Tun Mahathir untuk menjatuhkan Najib. Ada juga yang menganggap bekas Perdana Menteri itu kini umpama "menyembah" Anwar demi mencapai cita-cita politiknya. 

    Selebihnya, komen-komen yang diberi lebih berbentuk cecehan yang menggambarkan "jiwa kacau" dan "resah gelisah" yang semakin menggelodak dalam diri mereka. Kesian....

    Sementara Anwar membuktikan dirinya seorang pemimpin berjiwa besar, tidak berdendam dan pemaaf yang tiada duanya di antara kita, pertemuan itu juga memperlihatkan Tun Mahathir seorang negarawan tulen yang sanggup bekerjasama serta berurusan dengan sesiapa saja demi menyelamatkan negara ini.

    Jika tidak kerana angkara dan kerosakan lebih besar kepada negara yang diakibatkan oleh kepimpinan Najib, tiada sebab untuk kedua-dua mereka saling tertaut hati untuk bertemu serta menjalin semula hubungan demi kebaikan dan masa depan negara.

    Pertemuan ini adalah langkah pertama ke arah banyak langkah-langkah lain yang akan digarap selepas ini. Ia juga mengingatkan kita bagaimana gandingan Tun Mahathir - Anwar suatu waktu dahulu yang pernah menggemilangkan negara dan menjadi kebanggaan kita, sedang menjelma menggamit semula memori lama,

    Secara langsung juga, di pihak pembangkang sekarang sudah ada seorang bekas Presiden dan dua bekas Timbalan Presiden UMNO yang sedang bekerjasama erat untuk menyingkirkan Najib Razak.

    Muhyiddin Yassin yang sebelum ini diberi pesanan oleh Anwar agar lebih agresif menggerakkan parti baru BERSATU, sudah pun mula turun padang menjelajah ke seluruh negara berkaitan kepincangan 1MDB bersama Dr Wan Azizah, Azmin Ali dan lain-lain pemimpin PKR.

    Dalam program turun padang pertama Muhyiddin bersama PKR di Sabak Bernam baru-baru ini, beliau mendedahkan bagaimana berdasarkan kajiannya terdapat 67 kerusi Parlimen BN, 45 daripadanya milik UMNO, sedang terumbang-ambing berikutan pelbagai kemelut dalam negara yang diakibatkan oleh Najib dan hanya memerlukan "swing" sebanyak 4 peratus saja untuk mengalahkannya.

    Berapa agaknya "swing" pengundi yang akan berlaku selepas bertautnya kembali hubungan Tun Mahathir dengan Anwar ini?

    Dalam keadaan ini, pemimpin-pemimpin UMNO boleh berkata apa saja  atau terus berazam melipatgandakan usaha untuk mempertahankan Najib dan kerajaan, tetapi mereka juga tentunya sedar bahawa mereka kini mengharapkan lebih keajaiban untuk menjadi memenangi pilihanraya akan datang.

    Apa yang berlaku ini hampir mengesahkan hukum Tuhan bahawa mana-mana pemimpin yang terlibat dalam skandal kewangan atau pencurian wang rakyat, lambat atau cepat, sejak dulu dan di mana-mana celah dunia sekali pun, tidak pernah selamat akhirnya.

    Dalam buku-buku sejarah, di beberapa negara Timur Tengah, malah di Filipina, Indonesia dan Thailand sebelum ini, itulah yang yang Tuhan telah berikan peringatan kepada kita.

    Sejarah itu sedang menghampiri untuk kita sama-sama saksikan detiknya, Insha Allah. (SH 06/09/2016).
    Shahbudin Husin at 09:17

    BalasPadam
  4. Apa masalah ko orang ni? Kalau ia pun Tun M mintak maaf dgn DSAI dan vice versa....salah ke???? Kan itu sifat yg mulia dan dituntut dalam Islam. Ko orang lupa bila Tengku Razaleigh jumpa Tun dulu dan bury their differences??? Teruk-teruk DSAI ni, dia dah pun dihukum. More then I can said for the hated Boogeese Pirate and his minions. Kita masih lagi membenarkan lanun2 merompak harta negara dan rakyat dan masih lagi bermaharajalela. Itu yg patutnya ko orang kisah kan.....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping