Khamis, September 01, 2016

Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) hari ini digesa mengadakan sesi pendengaran awam bagi menyiasat secara terperinci berhubung perubahan status tanah Lot 68054, Mukim Tanjung Dua Belas, Kuala Langat.

Gesaan itu disuarakan Pertubuhan Gerakan Penegak Suara Selangor yang turut menghantar satu memo bagi mendesak kerajaan negeri telus dalam dasar-dasar yang hendak dilaksanakannya.
"Amat besar harapan kami dan ramai lagi agar SELCAT dapat membuka siasatan terhadap perkara ini dan kami bersedia membantu dengan menampilkan saksi serta orang sumber penting jika diperlukan. 
"Kini SELCAT sedang dalam ujian litmusnya. Pimpinan parti-parti yang menerajui kerajaan Selangor sering mengkritik PAC di peringkat Parlimen namun kini rakyat sedang menanti adakah SELCAT juga seperti PAC?," demikian soal Pengerusinya, Nasiruddin Mohamed ketika ditemui media, di Bangunan SUK, tengah hari tadi.
Terdahulu memo tersebut disampaikan oleh Nasiruddin kepada pegawai Pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Joyce Chow pada jam 12.10 tengah hari tadi.

Nasiruddin juga mempersoal kredibiliti Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selepas dikaitkan dengan tuduhan proksi dalam kontroversi Paya Indah Wetlands.

Proksi tersebut, yang merupakan Ketua AMK Gombak, Zainol Abidin Mohamad dikesan mempunyai 'hubungan rapat' dengan Azmin, melobi perubahan status tanah dalam keadaan menteri besar itu secara sedar meluluskan perubahan itu ketika mempengerusikan mesyuarat.
"Ini isu integriti yang sangat kritikal kerana empat menteri besar selama 22 tahun menghalang perubahan status tanah tersebut tetapi sebaik sahaja Azmin menjadi MB di awal pentadbiran beliau, tanah ini diluluskan dengan kewujudan seorang yang boleh dikatakan proksinya.
"Dalam mesej (Whatsapp) yang terdedah itu secara jelas individu tersebut mengetahui agenda mesyuarat 'kabinet negeri' secara terperinci, siapa yang bocorkan kepadanya dan berapa elaun yang diperolehi hasil kerja melobi tersebut.
"Lebih dikhuatiri apabila keadaan menggambarkan ada kemungkinan dia merupakan proksi Azmin sendiri dalam syarikat pemaju," ujar Nasiruddin lagi.
Bukan itu sahaja, NGO itu turut menyelar sikap Ahli Jawatankuasa SELCAT, Haniza Talha yang membidas tindakan seorang pegawai exco, Abdul Razak Ismail kerana cuba mendedahkan salah laku pentadbiran negeri.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Kerajaan selangor ni retorik jer lebih..selcat lah konon..
    Bila kena batang hidung diam seribu bahasa...mmg ikut perangai yahudi mana mau mengaku salah...

    BalasPadam
  2. Rafizi pondan mana.kalau bn semuanya dia tahu.kena parti sendiri diam seribu bahasa.setan betul la si rafizi ni

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping