Jumaat, September 02, 2016

PAS masih belum memuktamadkan keputusan untuk menyertai penganjuran BERSIH 5.0 sekiranya diadakan dalam masa terdekat, demikian kata Naib Presidennya Datuk Iskandar Abdul Samad.

Jelas Iskandar, biarpun telah mendapat jemputan untuk mengadakan mesyuarat bersama pihak penganjur himpunan berkenaan, kepimpinan parti masih belum membuat sebarang keputusan sama ada mahu menyertai himpunan berkenaan atau tidak.

"BERSIH 5.0 memang ada jemput kita (PAS) untuk bermesyuarat, jadi kita tengoklah lepas itu baru kita akan dapat maklumat. Kita (PAS Pusat) akan putuskan dan memang mereka (BERSIH 5.0) ada panggil kita untuk mesyuarat bersama," katanya ketika ditemui Antarapos.

PAS pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menyertai himpunan BERSIH 4 tahun lalu.  Dakwa Iskandar parti itu tidak langsung menerima jemputan daripada penganjur, Maria Chin Abdullah bagi menyertai himpunan berkenaan.

"Tahun lepas (BERSIH 4.0) tidak jemput , tapi sekarang mereka (BERSIH 5.0) ada jemput untuk mesyuarat, tapi kita tengoklah macam mana," jelas Iskandar.

Malah parti belum berbincang mengenai perkara itu dan akan mengumumkannya jika sudah ada keputusan.

"Kita (PAS) tidak ada lagi keputusan, kita tunggu dapat keputusan. Mereka (BERSIH 5) baru mesyuarat sebenarnya. 

"Saya tidak tahu lagi (PAS sertai BERSIH 5 atau tidak) sebab kami tidak dapat maklum balas lagi. Kita tidak ada maklumat lagi mengenai mesyuarat itu," katanya.

PAS pada penganjuran BERSIH 4.0 tidak mengarahkan mana-mana ahli dan penyokongnya untuk menyertai himpunan berkenaan sebaliknya hanya menghantar wakil ke perhimpunan itu sebagai tanda sokongan kepada tuntutan BERSIH.

Tegas PAS, pendirian sedemikian diambil berdasarkan pelbagai pertimbangan termasuklah pemilihan tarikh perhimpunan haram berkenaan tidak sesuai kerana dibuat sehari sebelum sambutan Hari Kemerdekaan.
Categories: ,

8 ulasan:

  1. Tak berahi sebab apa? Adakah sebab seperti yg didakwa SR tu? Kalau tidak bila nak saman mereka untuk menbuktikan Pas bersih drp rasuah?

    BalasPadam
  2. PAS dah jadi macam pelacur yg sanggup bergadai segala perjuangan. Apek dapigs rilek je jadi pelanggan nyontot lubang taik PAS.

    BalasPadam
  3. Pas perlu pastikan siapa yg biaya perhimpunan tu dan apa objektif sebenar.

    BalasPadam
  4. PAS TETAP PAS...Cakap sentiasa berbelit..entah la sampai PAS hendak berdikari.

    BalasPadam
  5. PAS tak perlu sertai bersih ni kerana ia sebenarnya agenda kotor seperti najis. Orang yg beriman jika menyokong puak kafir akan menjadi sebahagian dari mereka juga. Hukumnya ialah haram. Tak kan ini pun tak faham2. Tak patut berdolak dalik, just straight to the point. Barulah nampak ada pendirian. Jauhilah puak2 songsang dan kafirun ini.

    BalasPadam
  6. pak berahim kecek klukklek serupo burong tiong sokmo.nok kato kecek berlapik tak juga sebab kadang2 mulut berus juga.

    BalasPadam
  7. BERSIH 4, KEPALA preseden PAS pon telah dipijak2 oleh cinnaa DAPIg13may..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bersih dapigs hanya pada pandangan zahir shj ttpi pd rohnya sangat kotor dengan agenda yang disembunyikanya supaya mendapat sokongan daripada orang melayu. di antaranya untuk menggantikan kerajaan yang ada dengan kerajaan liberal di bawah telunjuk dap.

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping