Khamis, September 01, 2016

Heh! Lain macam permainan yang cuba dimainkan oleh puak Pakatan Haprak ni. Jika dilihat dari satu sudut, nampak sangat konflik dalaman diantara mereka semakin bertambah kronik.

Nak pulak apabila berlakunya pertembungan diantara beberapa orang pemimpin yang dilihat mampu 'menyerlah' membuatkan hubungan diantara parti dalam Pakatan itu kian rapuh.

Jika sebelum ini, ramai pihak beranggapan hanya Si Azmin tu sahaja yang mampu untuk menjadi Perdana Menteri bagi menggantikan kedudukan Si Ketua Penipu tu dimasa akan datang.

Namun keghairahan Si Azmin tu cenderung menyokong gerakan yang mengikut acuan Tun Mahathir membuatkan ramai pihak mula meragui kesetiaannya selaku Timbalan Presiden PKR.

Bahkan keghairahan Si Azmin yang mula berangan - angan mahu menjejakkan kaki ke Putrajaya sebagai Perdana Menteri yang seterusnya juga tidak disenangi oleh beberapa pihak.

Keadaan itu bukan sahaja melibatkan pemimpin dikalangan puak PKR tu sahaja. Malah ianya turut melibatkan kepimpinan parti lain yang bersekutu dengan Pakatan iaitu DAPigs dan PAN.

Nak pulak apabila Si Menteri Besar Selangor tu dilihat tetap berdegil mahu mengekalkan hubungan kerjasama Politik dengan PAS yang telah ditendang keluar dari Pakatan sebelum ini.

Walaupun sudah beberapa kali dipujuk dan cubaan untuk memutuskan hubungan PAS dengan PKR itu dilakukan, namun Si Menteri Besar Selangor tu tetap juga enggan berganjak.

Sebaliknya, Si Azmin tu dilihat seolah - olah tidak mempedulikan lansung kenyataan - kenyataan secara terbuka yang dikeluarkan oleh pemimpin DAPigs terhadap PAS selama ini.

Maka, mungkin atas dasar itu mereka yang geram dengan perangai yang ditonjolkan oleh Si Azmin membuat keputusan, kedudukan Si Azmin tu perlu dicabar oleh seorang yang benar - benar layak.

Kalau sebelum ini, mereka bergantung harap kepada Lim Guan Eng. Tapi malangnya, Si Ketua Menteri Pulau Pinang tu pulak terpalit dengan skandal kes rasuah yang didakwa oleh SPRM.

Jadi, jalan yang paling mudah ialah untuk merekrut Husam sebagai pengganti yang dianggap setaraf dan layak untuk bersaing dengan Azmin bagi merebut jawatan Perdana Menteri.

Bagi mereka, Husam mempunyai kedudukan dan pengaruh yang setanding dengan Azmin. Mungkin atas dasar itu yang membuatkan Si Husam tu akhirnya bertindak keluar dari PAS walaupun sebelum ini dia mati - matian enggan mengambil tindakan sedemikian!!!
Categories: , ,

15 ulasan:

  1. Pembetulan.Husam tidak meninggalkan PAS,tapi PAS yang meninggalkan Husam,kerana Husam telah dipecat daripada PAS.

    BalasPadam
  2. Semua suratkhabar hari ini memuji ucapan Najib, dengan istilah2 islamiahnya, tabayyun, walaq dll. Tapi aku tertarik dgn satu tulisan dlm Sinar *"Kita berdiri dipihak yg mana?* tulisan Dr.Awang Mat Puteh. Satu tulisan yg paling berani.

    Katanya, *"Tidak pernah terjadi dlm sejarah tanah air, baik sebelum merdeka maupun selepas kemerdekaan, dimana pemimpin yang dicemari pelbagai skandal dan jelik akhlaknya masih dijunjung tinggi melangit."*

    Katanya lagi, *"Malangnya, bukan hanya pemimpin sebegini masih disanjung dan dipuji oleh mereka malah yang mengkritik akan dicerca, dihukum dan diheret ke mahkamah."*

    Malah Dr Awang, menegaskan *"Mengapa org Melayu zaman moden yg hebat2 dan bijak pandai belaka ini, pada hakikatnya papa kedana, mundur pemikiran dan miskin nilai2 luhur dan mulia? Apakah org Melayu miskin keberanian?*

    Seterusnya ia menyatakan *"Fenomena ini amat menakjubkan terutamanya untuk sebuah negara yg telah melahirkan ramai golongan cerdik pandai Melayu semenjak merdeka. Tetapi sayang yg bersuara lantang bukannya teknokrat ataupun sarjana lulusan Oxford, bukannya pula mereka yg kuat menjerit "Hidup Melayu" pd perhimpunan agung tahunan parti politik, tetapi seorang negarawan 90 tahun dan srikandi muda dari Langkawi."*

    *"Mana teguran alim ulama berjubah Arab yg lantang bersyarah siang dan malam dikaca televisyen mengenai amal maaruf nahi mungkar"*

    Dr Awang Mat Putih tidak mempunyai jawaban, katanya *"mungkin ramai yg takut.Tetapi persoalannya, apa yg hendak ditakuti?*

    Ingatlah kata Pramoedya Ananta Toer, dlm hidup kita cuma satu yg kita punya, iaitu *keberanian.*Kalau tidak punya itu, lantas apa harga hidup kita ini?
    Ingatlah kata pujangga agung Usman Awang,

    *"Anak Melayu, namamu telah diseru, jawablah, sebelum lidahmu jadi bisu."*

    Terbaik dari Dr.Awang Mat Puteh dan tahniah Sinar kerana berani memaparkan tulisan2 yg baik untuk tatapan rakyat Malaysia.

    CnP fr.dr sebelah....

    BalasPadam
  3. Sejak dapat derma haramdari Najib Hadi dan Pas tak pernah tegor umno..semua yg umno buat perfect..PKR dan PAN yg diserang..nasib baik Azmin bagi jawatan kpd PAS..taksedar diri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fitnah banyak kalu rasa rok agt nok derma pahala

      Padam
    2. Fitnah banyak kalu rasa rok agt nok derma pahala

      Padam
    3. Kamu dan kaum kamu PERFECT ke...dah tempah tempat dineraka..menyampaikan berita yg kita sendiri xtahu kesahihannya dianggap fitnah..sekadar hear-say..baik duduk diam..istiqamah diri dulu...Pembalasan Allah pd org yg suka fitanah ni amat hebat..sedar2lah diri tu.

      Padam
  4. Bukan cerita basi kerana duit berkenaan ialah duit rakyat jelata..! duit kita semua..! Rakyat yang tergaru garu apabila pertengahan bulan..! rakyat yang terpaksa mengikat perut kerana himpitan hidup yang mendesak..! Rakyat yang terpaksa berhutang untuk meneruskan hidup..!
    1MDB: Duit SOCSO RM800 Juta Pun Kena Tibai...Sebarkan
    Penat, Saya Dah Melakukan Lebih Dari Apa YG Sepatutnya Di 1MDB Kata Arul - 1MDB Pinjam 800 j Duit SOSCO Tak Ganti Lagi.
    Patutlah nak berhenti. Rupa2nya Arul neh pun macam kena tanggung satu beban yang dia tak sepatutnya tanggung. 
    Laporan dari The Edge.  
    Rugi woo tak baca sebab laporan ini ialah edisi temubual bersama Arul Kanda yang turut meluahkan beberapa perkara yang mana sekaligus mengesahkan cakap2 orang awam selama neh bahawanya 1MDB sememangnya satu bisnes yang bermasalah sejak mula. Arul hanyalah dilantik bagi menyelesaikan masalah. Sekarang disebabkan masalah tersebut terlalu berserabut selepas berjaya melakukan beberapa proses tambahbaik dia pun cadang nak angkat kaki dari 1MDB. Najib.. Najib. Apa yang ko dah buat neh gilee.. pinjam itu bayar ini, pinjam ini bayar itu, adakah macam neh caranya kau berbisnes? Tak faham aku.
    If troubled 1Malaysia Development Bhd (1MDB) defaults on its US$1 billion loan from Abu Dhabi's IPIC, that could trigger cross defaults on the fund's other debts, including some bonds, according to the fund's president and group executive director Arul Kanda Kandasamy.
    Though 1MDB has declared just four days ago that it is free of all its bank and short-term debts, it still has a RM5 billion sukuk with a government guarantee, another RM2.4 billion Bandar Malaysia sukuk, a RM800 million loan from the Social Security Organisation or Socso in short, and in his words, "the one that everyone is worried about", a US$3 billion bond the fund issued in 2013 to fund the Tun Razak Exchange development.
    In an exclusive interview with The Edge Malaysia, published in the weekly's cover story for the week of April 25-May 1, a clearly frustrated Arul told the publication's Executive Editor Kathy Fong and Associate Editor Jose Barrock what had derailed the asset for debt settlement with IPIC, which he thought was a done deal and the final piece of the jigsaw to rescue 1MDB from its massive debt woes -- and what could happen next now with IPIC's declaration of default against 1MDB.
    The binding term sheet 1MDB signed with IPIC in June 2015 got the cash-strapped 1MDB then the US$1 billion it needed to settle some immediate obligations,including a US$975 million syndicated loan led by Deutsche Bank AG.
    There is one crucial item on the term sheet, which is that 1MDB has to transfer the amount that IPIC paid, the cash plus the interests — US$1.15 billion — by Dec 31, 2015, according to Arul. As such, he said: "actually, we were in default since December". But he questioned why IPIC waited until now to make the announcement.
    "It should have been made immediately after the default as it’s a large amount. Why wait until April to say you don’t own Aabar BVI?" 
    As to the US$3.5 billion worth of payments that 1MDB made to Aabar BVI (Aabar Investments PJS Ltd), the company with the near identical name to IPIC's subsidiary Aabar Investments PJS, Arul said: "What we cannot discount is there could actually be fraud...a massive fraud...and maybe there was collaboration from our side".
    He also spoke about wanting to quit 1MDB, and how the issues at the fund was not his and "not what I signed up for". "I'm very tired. I'm doing over and above what I had signed up to do."
    Pick up a copy of The Edge Malaysia today from newsstands near you to find out what could have caused the IPIC-1MDB deal to turn sour, why 1MDB thinks that IPIC holds corporate responsibility too for the US$3.5 billion that was diverted into Aabar BVI for not calling foul earlier if it hadn't received the monies, and more.
    Also, read about what the publication has to say about whether 1MDB was cheated or if it was a party to the fraud.

    BalasPadam
  5. Husam tak layak jadi pm. Jadi exco klntan dulu pun dah bnyk rekod projek gagal. Ada yg tinggal batu asas shj. Cakap berbelit belit mcm ular kena palu. Nak tunjuk dia hebat dn betul wlaupun org dah tahu dia temberang. Memang tak layak jdi pm.

    BalasPadam
  6. Yg tulis berjela2 kat atas tu ajen mana pulak .. kalau betul buat report polis ker SPRM je lah ok ... kalau telah disiasat & telah dijelaskan tak payah diulang ... kalau status hutang tunggu bayaran lah bila ...

    BalasPadam
  7. Yg tulis berjela2 kat atas tu ajen mana pulak .. kalau betul buat report polis ker SPRM je lah ok ... kalau telah disiasat & telah dijelaskan tak payah diulang ... kalau status hutang tunggu bayaran lah bila ...

    BalasPadam
  8. Aku dah baca Malaysia Today bahawa isu sebenarnya ialah nak angkat Boboi jadi PM untuk selamatkan duit rakyat yang disamun dan disimpan atas nama proksi dan kroni berjumlah rm100-200 bilion. Kerana itulah nak dijatuhkannya Najib dan 1MDB digagalkan untuk dijadikan alasan yang munasabah. Anon2 yg tulis berjela kat atas tu tak baca ke?

    BalasPadam
  9. aku lebih relo mat sabu dari huse jadi pm walaupun aku tahu mat sabu tak berapo cerdik

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping