Jumaat, September 02, 2016

Rasanya secara umum mengetahui bahawa taktik dalam Politik ni ada beberapa jenis. Ada yang jenis suka 'Straight Foward'. Ada jugak yang suka buat secara sarcastic atau secara sindiran.

Tapi, apabila adanya cadangan yang dibuat oleh wakil dari parti Ternakan DAPigs ni, kita sendiri tak pasti, apa yang cuba disampaikan. Adakah dia benar - benar jujur memberikan cadangan?

ATAU, adakah wakil dari parti KUALI pimpinan Si Mat Sabu tu cuba menyindir Bekas Perdana Menteri Malaysia itu secara terang - terangan dengan memberikan cadangan sedemikian?

Kalau kata cadangan yang dibuat oleh wakil PAN tu 'Straight Foward', kita boleh terima dengan hati yang terbuka. Bagus juga kalau Tun Mahathir nak bertanding dalam PRU akan datang.

Tapi kalau ianya hanya sekadar untuk 'menyindir', bermakna wakil dari PAN tu secara terang - terangan dah menghina Tun Mahathir dengan cadangan yang telah dikemukakannya.

Dari laporan yang disiarkan, wakil dari PAN itu membuat cadangan untuk mencalonkan Tun Mahathir sebagai Ahli Parlimen Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Pengarah Komunikasi PAN Putrajaya itu berkata, pencalonan Tun Mahathir sebagai wakil Pakatan Haprak itu wajar dipertimbangkan sebagai menggantikan Husam yang pernah dicalonkan sebelum ini.

Katanya, cadangan untuk mencalonkan Tun Mahathir sebagai wakil Pakatan Haprak tu dibuat kerana Bekas Perdana Menteri itu merupakan calon yang terbaik bagi menjadi wakil mereka.

Mengulas mengenai isu yang sama, Si Din Pudu tu kata, parti itu menerima cadangan tersebut secara terbuka dan akan membincangkannya dengan pihak PPBM dalam masa terdekat.

Namun jika dilihat dari satu sudut, cadangan yang dibuat oleh wakil PAN itu seolah - olah menghina Husam tu secara tidak lansung dengan menganggapnya sebagai bukan yang terbaik.

Apakah dia anggap Si Husam tu 'Tak Layak' atau 'Tidak Berkemampuan' untuk mendapat sokongan dari kalangan rakyat di Putrajaya sekiranya dia bertanding bagi kerusi Parlimen tersebut?

IRONIKnya, sewaktu Si Husam tu mengumumkan dirinya menyertai PAN baru - baru ini, Si Din Pudu tu sendiri kata Si Husam ni ada pengaruh yang boleh diguna-pakai dimasa akan datang.

Maka, cadangan untuk mencalonkan Tun Mahathir oleh wakil PAN itu boleh dianggap sebagai tindakan 'Terdesak' dan satu langkah 'Retorik' semata - mata. Pokok pangkalnya, cadangan PAN tu hanya untuk meraih sokongan Politik Murahan dari kalangan rakyat je!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Elok benar la...tun m brtanding di putrajaya. Mat Bu tnding di Pekan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pan adalah parti yang akan memecahbelahkan orang melayu islam dan mengkhianati perjuangan islam orang2 yang terdahulu seperti tgna. mereka tidak istiqamah dengan amanah yang diamanahkan rakyat kepada mereka dalam pru13. bayangkan apa akan terjadi kepada negara ini jika mereka diamanahkan memegang tampuk pemerintahan.sudah tentu negara ini akan hancur binasa dan rakyat berhadapan dengan kesusahan yang amat menuusahkan.

      Padam
    2. Tun m dah umor gini elok jadi pemimpin d rumah sendiri. Anak beranak tunggang langgang sebok sgt mengadap duniawi..

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping