Sabtu, Oktober 08, 2016

Rasanya sudah acap kali perkara yang sama diulang - ulang. Tapi masih ramai lagi yang terpedaya dengan dakyah pembohongan yang dihidangkan oleh puak - puak PKR ni kepada rakyat.

Jika dilihat kebelakangan ini, keghairahan pemimpin parti PPBM menyokong Si Ketua Penipu tu semakin kian terserlah dengan niat semata - mata mahu meraih sokongan simpati dari PKR.

Dan baru - baru ini, Presiden PPBM tu tampil ke mahkamah bersama - sama dengan pemimpin dari kalangan parti PKR dengan alasan mahu memberi 'Sokongan Moral' kepada Si Ketua Penipu tu.

Muhyiddin Yassin dilihat tampil dalam satu kenyataan media selepas turut serta menghadiri kes saman fitnah yang difailkan oleh Si Ketua Penipu tu terhadap Utusan Malaysia sebelum ini.

Maka timbul persoalan dikalangan rakyat, adakah Presiden PPBM tu akan memberi 'Sokongan Moral' yang sama terhadap kes liwat yang dihadapi oleh Si Ketua Penipu tu?

Nak pulak bila PKR semalam membuat pengumuman bahawa parti itu akan mengadakan perhimpunan bagi menyokong pembebasan Si Ketua Penipu tu dari tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya.

Sebagai rekod, Si Ketua Penipu tu telah digugurkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri sewaktu pentadbiran Tun Mahathir yang mendakwa dia terlibat dengan aktiviti seksual songsang.

Dikala pimpinan PKR mendakwa tindakan memenjarakan Si Ketua Penipu tu sebelum ini sebagai salah satu 'Konspirasi Politik', bagaimana pula dengan pendirian Presiden parti PPBM tu?

Adakah dia juga turut menyokong dakwaan yang disebarkan oleh pemimpin PKR itu dan menganggap Si Ketua Penipu tu sebagai tahanan Politik yang telah ditindas oleh pihak Kerajaan?

Adakah Muhyiddin akan turut serta menghadiri perhimpunan yang dianjurkan oleh PKR itu sebagai tanda 'Sokongan Moral' kepada Si Ketua Penipu tu nanti? ATAU, Presiden PPBM tu akan bertindak sebagai pihak berkecuali terhadap dakwaan salah laku moral Ketua Umum PKR tu???
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping